Jerebu: Singapura pintas KL sebagai bandar paling tercemar

LocalEnvironment
8 Oct 2026 • 9:29 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jerebu: Singapura pintas KL sebagai bandar paling tercemar

PETALING JAYA – Singapura mengatasi Kuala Lumpur sebagai bandar utama paling tercemar di dunia selepas merekodkan bacaan Indeks Kualiti Udara (IPU) 211, sekali gus berada dalam kategori sangat tidak sihat.

Berdasarkan bacaan terkini itu, Kuala Lumpur berada di tempat kedua dengan IPU 194.

Kuching, Sarawak turut tersenarai dalam kelompok 10 bandar utama paling tercemar di dunia ketika fenomena jerebu masih melanda beberapa kawasan di Asia Tenggara.

Perkembangan itu menunjukkan tahap pencemaran udara di rantau ini terus berubah-ubah susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa negara.

Orang ramai dinasihatkan memantau perkembangan kualiti udara semasa dan mengehadkan aktiviti luar sekiranya keadaan bertambah buruk.- KOSMO! ONLINE

The post Jerebu: Singapura pintas KL sebagai bandar paling tercemar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved