Heitech Padu umum Mohd Jimmy Wong letak jawatan sebagai Pengarah

Business & Finance
7 Sep 2026 • 6:00 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Heitech Padu umum Mohd Jimmy Wong letak jawatan sebagai Pengarah Image from: Heitech Padu umum Mohd Jimmy Wong letak jawatan sebagai Pengarah amree07/09/2026 - 18:00 MOHD JIMMY WONG ABDULLAH Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 7 SeptHeitech Padu Berhad mengumumkan perubahan komposisi Jawatankuasa Integriti dan Whistleblowing Lembaga Pengarah (IWBC) susulan peletakan jawatan Datuk Mohd Jimmy Wong Abdullah sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif, berkuat kuasa 7 September 2026.

 

Susulan perubahan itu, beliau tidak lagi menjadi anggota IWBC, manakala jawatankuasa berkenaan kini diketuai Razalee Amin selaku Pengerusi merangkap Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.

 

Chong Seep Hon, yang juga Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, kekal sebagai anggota IWBC, menjadikan jawatankuasa itu kini terdiri daripada dua ahli berikutan kekosongan yang berlaku.

 

"Komposisi IWBC akan dikaji semula oleh Lembaga Pengarah dan kekosongan berkenaan akan diisi pada masa akan datang," jelas Heitech Padu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

 

Dalam perkembangan sama, Mohd Jimmy Wong turut melepaskan jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan (NRC) berkuat kuasa pada tarikh sama.

 

Selepas perubahan itu, NRC dipengerusikan Sha'arin Mohd Razali, manakala Hamzah Mahmood, yang juga Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, merupakan seorang lagi anggota jawatankuasa tersebut.

 

Peletakan jawatan Mohd Jimmy Wong dibuat atas alasan peribadi, namun berlaku kebetulan selepas Zetrix AI Berhad melupuskan 16.9% pegangan saham dalam penyedia perkhidmatan teknologi maklumat (IT) tersebut pada 2 September 2026.

 

Pelupusan berkenaan menyebabkan Zetrix AI dan pengasasnya, Wong Thean Soon atau TS Wong, tidak lagi menjadi pemegang saham substansial Heitech Padu. 

 

Razalee Amin
RAZALEE AMIN

 

Bagaimanapun, Heitech Padu berkata, Mohd Jimmy Wong tidak mempunyai sebarang perselisihan dengan Lembaga Pengarah dan tiada perkara berkaitan peletakan jawatan itu yang perlu dibawa untuk perhatian pemegang saham.

 

Heitech Padu turut memaklumkan beliau turut tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mana-mana pengarah atau pemegang saham utama syarikat serta tiada konflik kepentingan dengan kumpulan.

 

"Beliau juga tiada sebarang kepentingan dalam sekuriti Heitech Padu atau anak syarikatnya, berdasarkan makluman perubahan Lembaga Pengarah yang dikemukakan kepada Bursa Malaysia," katanya.

 

Dalam pada itu, Lembaga Pengarah Heitech Padu akan menilai semula komposisi IWBC dan NRC bagi memastikan kedua-dua jawatankuasa terus berfungsi dengan berkesan susulan perubahan barisan pengarah syarikat.

 

Kumpulan itu pada 28 Ogos 2026, pernah menerima pertanyaan Aktiviti Pasaran Luar Biasa (UMA) daripada Bursa Malaysia selepas saham menjunam sehingga 30% pada tarikh berkenaan.

 

Perkembangan itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur terhadap kemampuan syarikat mengekalkan keuntungan di sebalik pertumbuhan hasil yang kukuh. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved