Hektar REIT penuhi komitmen pulihara alam sekitar di Taman Alam

LocalEnvironment
9 Oct 2026 • 7:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hektar REIT penuhi komitmen pulihara alam sekitar di Taman Alam

PETALING JAYA – Hektar Asset Management Sdn Bhd, Pengurus Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT) telah bekerjasama dengan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (MNS) untuk memenuhi tanggungjawab dan perkukuhkan komitmen syarikat terhadap pemuliharaan alam sekitar di Taman Alam, Kuala Selangor.

Projek tersebut melibatkan usaha penanaman 200 pokok bakau yang dianggarkan dapat menyumbang antara 20 hingga 40 tan penyerapan karbon dengan menangkap dan menyimpan CO₂ atmosfera sepanjang hayat pokok untuk melawan perubahan iklim, sambil menyokong daya tahan dan biodiversiti pantai.

Bagi melancarkan usaha tersebut, seramai  40 kakitangan daripada syarikat pengurusan aset dan harta Hektar REIT terlibat sama.

Memandangkan tapak penanaman terletak di dalam hutan simpan, pokok bakau yang ditanam akan terus dipantau dan dijaga oleh MNS untuk menyokong pertumbuhan dan kelangsungan hidup jangka panjangnya.

Image from: Hektar REIT penuhi komitmen pulihara alam sekitar di Taman Alam

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Asset Management, Zainal Iskandar  berkata,  usaha kemampanan yang bermakna harus diterjemahkan kepada tindakan praktikal di lapangan.

“Melalui kerjasama kami dengan MNS, inisiatif ini menyumbang kepada usaha pemulihan bakau yang menyokong penyerapan karbon, melindungi garis pantai, memulihara biodiversiti dan memperkukuh daya tahan ekosistem pesisir.”

“Pengawasan alam sekitar merupakan bahagian penting dalam perjalanan kemampanan Hektar REIT yang lebih luas. Kami akan terus mengenal pasti inisiatif praktikal dan bermakna yang membolehkan kami menyumbang secara positif kepada alam sekitar sambil memperkukuh kesedaran dan tanggungjawab kolektif dalam kalangan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

MNS adalah sebuah organisasi bukan kerajaan yang berdedikasi untuk pemuliharaan warisan semula jadi dan biodiversiti Malaysia.

Ia mengurus dan mengendalikan Taman Alam Kuala Selangor bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor dan menjalankan pendidikan alam sekitar, pemuliharaan habitat, penyelidikan dan inisiatif pemuliharaan berasaskan komuniti di seluruh Malaysia.

Usaha pemuliharaannya di taman ini termasuk program pemulihan bakau yang bertujuan untuk memulihkan kawasan yang terdegradasi dan menyokong kesihatan jangka panjang ekosistem bakau. -KOSMO! ONLINE

 

The post Hektar REIT penuhi komitmen pulihara alam sekitar di Taman Alam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved