Helikopter Bomba berlepas ke Long Lellang selepas cuaca reda

9 Sep 2026 • 2:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terkini

MIRI: Helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akhirnya dibenarkan berlepas dari Pangkalan Udara Bomba Sarawak Zon Utara di sini ke Long Lellang selepas penerbangan sebelum ini ditangguhkan akibat hujan lebat.

Penerbangan ke Lapangan Terbang Long Lellang (STOLport) yang berlepas pada pukul 11.06 pagi tadi dijangka mengambil masa kira-kira sejam.

Menurut Borneo Post, sumber di Long Lellang memaklumkan pasukan polis yang digerakkan melalui jalan darat ke lokasi nahas pada malam Selasa telah tiba di kampung berkenaan kira-kira pukul 11 pagi.

Pasukan terbabit dijangka meneruskan perjalanan ke lokasi nahas bagi membantu operasi yang sedang dijalankan.

Sehingga pukul 11 pagi tadi,  identiti penumpang helikopter berkenaan masih belum disahkan secara rasmi sepenuhnya, kecuali pegawai perubatan, Dr. Ainul Baroah Kamaruddin.

Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini mengesahkan kepada keluarga bahawa Dr. Ainul, 32, merupakan antara penumpang helikopter berkenaan, menurut laporan Harian Metro pada petang Selasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang Selasa, sebuah helikopter yang membawa lima individu termasuk empat petugas perubatan dilaporkan terhempas berhampiran Long Lellang STOLport.

Nahas itu turut mencetuskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang melibatkan pelbagai agensi, dengan usaha ke lokasi berdepan cabaran cuaca dan bentuk muka bumi di kawasan pedalaman.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah dijangka mengadakan sidang media pada pukul 4 petang ini di Lapangan Terbang Miri. – UTUSAN

The post Helikopter Bomba berlepas ke Long Lellang selepas cuaca reda appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved