Helikopter terhempas baru diselenggara, boleh terbang 100 jam

9 Sep 2026 • 7:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Helikopter terhempas baru diselenggara, boleh terbang 100 jam

PETALING JAYA – Helikopter BO-105S yang terhempas di Long Lellang, Miri, Sarawak, semalam, baru menjalani penyelenggaraan pada 24 Ogos lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, perkara itu diperoleh berdasarkan siasatan awal berhubung helikopter terbabit.

“Mengikut siasatan kita setakat ini kali terakhir pada 24 Ogos lalu dan boleh digunakan untuk penerbangan selama 100 jam. Maknanya baru lagi (diselenggara),” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan dan akan disiasat oleh bahagian siasatan kemalangan udara.

Helikopter terbabit terhempas di hujung landasan terbang Long Lellang kira-kira pukul 3.40 petang semalam ketika dalam perjalanan dari Long Siud ke Long Lellang.

Sebelum ini, media melaporkan helikopter berkenaan dikendalikan Layang-Layang Aerospace dan disewa oleh Kementerian Kesihatan bagi melaksanakan perkhidmatan doktor udara di kawasan pedalaman. – KOSMO! ONLINE

The post Helikopter terhempas baru diselenggara, boleh terbang 100 jam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved