KOTA SAMARAHAN – Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Awam (UA) terus memperkukuh pengurusan media dan keterlihatan institusi menerusi penganjuran Bengkel Pengurusan dan Aplikasi Portal Media dan Keterlihatan Universiti Awam Tahun 2026 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), baru-baru ini.
Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq, bengkel yang diadakan bersempena Mesyuarat Task Force Media dan Keterlihatan Universiti Awam 2026 itu memberi tumpuan kepada pengurusan portal media, penghasilan penulisan berita dan rencana serta pembudayaan pengurusan risiko dalam komunikasi institusi.
Beliau yang juga Pengerusi Task Force Media dan Keterlihatan Universiti Awam Malaysia, berkata pengurusan media yang tersusun dan strategik penting bagi memastikan maklumat berkaitan universiti dapat disampaikan dengan pantas, tepat dan berkesan kepada khalayak.
Beliau berkata pengurusan portal media bukan sekadar melibatkan penerbitan berita, sebaliknya merangkumi aspek perancangan kandungan, penyampaian maklumat dan strategi meningkatkan keterlihatan institusi dalam landskap media yang semakin dinamik.
“Pada masa sama, aspek penulisan berkualiti dan pengurusan risiko perlu diberi perhatian bagi memastikan setiap kandungan yang diterbitkan bukan sahaja menarik, tetapi tepat, berfakta dan selaras dengan imej serta reputasi universiti,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dr. Mohd Izwan Shahril, turut mengendalikan slot perkongsian amalan terbaik penulisan berita dan rencana dalam bengkel berkenaan.
Beliau berkata pengurusan media universiti memerlukan kemahiran yang lebih menyeluruh, bukan sahaja dari aspek penulisan, tetapi turut melibatkan perancangan kandungan, pengurusan portal serta keupayaan mengenal pasti dan mengurus risiko komunikasi.
Bengkel berkenaan turut memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman, amalan terbaik dan pendekatan dalam mengurus portal media universiti serta menghasilkan kandungan yang mempunyai nilai berita dan memenuhi keperluan komunikasi institusi.
“Selain pengurusan portal serta penulisan berita dan rencana, bengkel itu turut memberi penekanan terhadap pembudayaan pengurusan risiko sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesiapsiagaan komunikasi HEPA UA.
“Penganjuran bengkel berkenaan diharap dapat memperkukuh kompetensi pengamal media UA dalam mengurus kandungan digital secara lebih sistematik, berkesan dan bertanggungjawab, sekali gus meningkatkan keterlihatan serta penyampaian maklumat universiti kepada masyarakat,” katanya.
Bazli Razak (bazli.razak@upsi.edu.my) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
.jpg)




