Dua kapal Induk RM100 juta perkasa polis marin

LocalPolitics
1 Oct 2026 • 2:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua kapal Induk RM100 juta perkasa polis marin

KLANG – Dua kapal induk atau mothership bernilai RM100 juta yang bakal diterima Pasukan Polis Marin (PPM) pada pertengahan tahun depan dijangka memperkukuh keupayaan pasukan itu dalam mengawal keselamatan perairan negara.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Mohd. Yusri Hasan Basri berkata, dua kapal berkenaan merupakan aset jenis Police Transport Vessel (PTV) akan dioperasikan di kawasan perairan yang lebih luas.

Katanya, kedua-dua kapal tersebut masing-masing akan diatur gerak di Sabah dan Semenanjung.

“Aset ini akan dioperasikan melalui konsep mothership yang turut berfungsi sebagai kapal logistik dan pembekal bahan api kepada aset-aset rondaan yang lebih kecil dan fleksibel.

“Selain itu, PPM juga akan menerima penambahan lima buah Fast Patrol Craft dengan nilai projek RM100 juta yang beroperasi khususnya dalam mengekang aktiviti
penyeludupan rentas sempadan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Ulangtahun ke-79 PPM di sini, hari ini.

Beliau berkata, PPM juga telah mengutarakan cadangan kepada Kerajaan untuk membangunkan Forward Operation Base di Kapitangan, Pulau Banggi, Sabah sebagai langkah strategik masa hadapan.

Ujarnya, ia signifikan daripada lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera ke pulau tersebut sebelum ini.

“Pulau itu didapati mempunyai potensi pada masa depan dan pintu masuk utama ke negara kita melalui Sabah.

“Selain memperkukuh kekuatan perairan dan daratan melalui Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Forward Operation Base melibatkan PPM, PGA, Pasukan Gerakan Udara dan menubuhkan balai polis di pulau itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohd. Yusri berkata, PPM secara keseluruhan kini mempunyai 22 projek dibawah Rancangan Malaysia (RMK 11 hingga 13) dengan nilai keseluruhan RM1.064 bilion.

“Bagi perancangan strategik masa hadapan PPM melibatkan permohonan 19 projek cadangan bernilai RM2.28 bilion termasuk pembinaan beberapa markas operasi PPM,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Dua kapal Induk RM100 juta perkasa polis marin appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved