“Hero Berkain Pelikat” – Ramai Puji Tindakan Lelaki Bantu Kawal Trafik Selepas Lampu Isyarat Rosak [Video]

6 Mar 2025 • 10:44 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sesetengah kawasan jalan raya akan sesak pada waktu pagi berikutan orang ramai dalam perjalanan ke tempat kerja masing-masing, tidak kiralah sama ada memandu atau menunggang motosikal.

Meskipun sesak, keadaan aliran trafik kebiasaannya terkawal kerana adanya sistem lampu isyarat atau anggota polis trafik yang membantu menjaga lalu lintas.

Pun begitu, sekiranya lampu isyarat rosak dan ketiadaan polis trafik yang menjaga sudah pasti akan menyebabkan aliran trafik terutamanya di kawasan persimpangan jalan menjadi lebih sesak daripada biasa.

Tular lelaki bantu kawal aliran trafik selepas lampu isyarat rosak

Begitulah yang terjadi di sebuah persimpangan jalan di Bangi, Selangor pada baru-baru ini selepas lampu isyarat di kawasan itu rosak menyebabkan kesesakan luar biasa.

Namun, kesesakan itu terkawal selepas seorang lelaki bertindak membantu mengawal aliran trafik di persimpangan jalan berkenaan.

Perkara itu tular dan mendapat perhatian ramai setelah dikongsikan oleh seorang wanita dikenali sebagai Syafiqah Shamsuddin menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

image is not available

Berdiri tengah jalan kawal lalu lintas dengan berkain pelikat

Apa yang lebih mencuri tumpuan, semasa lelaki itu mengawal lalu lintas di tengah-tengah persimpangan jalan, dia hanyalah memakai kemeja-T, kain pelikat serta selipar sahaja.

“’Salute’ dengan abang ini sebab memudahkan kitorang pengguna jalan raya pagi ini. Tetapi saya juga risau akan keselamatannya.

“Dia tak pakai baju pemantul cahaya atau topi keledar jadi pemandu atau penunggang motosikal boleh tidak perasan dia, lagi-lagi kenderaan tengah banyak kan.

“Apa-apa pun terima kasih abang, semoga abang selamat sampai rumah hari ini,” tulisnya di kapsyen.

[

]

Netizen pakat puji, ramai yang kenal dengan individu berkain pelikat itu

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pujian terhadap lelaki terbabit kerana sudi membantu mengawal lalu lintas di persimpangan jalan berkenaan.

Tidak hanya itu, kebanyakan warga TikTok juga mendakwa mengenali lelaki berkenaan yang merupakan seorang guru tusyen subjek Matematik dikenali sebagai Sir Fahmi.

Sir Fahmi juga turut tampil mengakui individu berkain pelikat itu adalah dirinya dan mengucapkan terima kasih kepada pengguna jalan raya kerana memberi kerjasama semasa dia mengawal aliran trafik.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Source: