Hero-hero bukan Melayu tambat hati peminat Malaysia

Entertainment
5 Sep 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hero-hero bukan Melayu tambat hati peminat Malaysia

BERUNTUNGNYA lahir di Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang bangsa dan agama. Demografik ini menjadikan negara kita unik dan lebih berwarna-warni kerana saling berkongsi budaya dan warisan tanpa perlu ada perbalahan. Begitu juga dengan industri hiburan tanah air.

Setiap artis diterima baik dan diraikan tanpa mengira warna kulit atau agama. Selebriti bukan Melayu juga mampu mencipta populariti dan berdiri setanding dalam industri hiburan yang lazimnya dimonopoli bangsa Melayu.

Antara hero bukan Melayu yang sedang melekat di jiwa peminat kini termasuklah, Irfan Zaini dan Andy Teh. Minggu ini HibGlam senaraikan lima pelakon lelaki bukan Melayu yang berjaya menambat hati rakyat Malaysia dengan bakat dan ketampanan wajah mereka.

Image from: Hero-hero bukan Melayu tambat hati peminat Malaysia

Hans Isaac

HANS Isaac antara selebriti bukan Melayu paling popular di Malaysia terutamanya pada era 1990-an.
Wajah tampan pelakon berdarah campuran Serani, India, Filipina, Sepanyol dan Jerman itu sering membuatkan peminat khususnya wanita jatuh hati.
Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 55, juga tidak kekok melakon watak lelaki Melayu dalam kebanyakan filem dan drama.
Antara filem lakonannya yang masih diingati peminat sehingga hari ini adalah Ringgit Kasorrga, Gemilang, Hanya Kawan, Baik Punya Cilok dan Cuci.

Image from: Hero-hero bukan Melayu tambat hati peminat Malaysia

Evertts Gomes

Paling hijau dalam senarai ini, nama pelakon baharu yang bakatnya dicungkil menerusi program Hero Remaja 2023 ini mula menjadi perhatian ramai.
Evertts atau nama lengkapnya Evertts McClane Gomes, 28, berdarah kacukan Cina, Kadazan, Dusun dan Portugis.
Jejaka berketinggian 188 sentimeter ini pernah membintangi drama Curang Tanpa Niat, Kelas Tahanan Cikgu Hiragi dan Hero Seorang Cinderella 2.

Image from: Hero-hero bukan Melayu tambat hati peminat Malaysia

Tony Eusoff

Sering disalah anggap sebagai pelakon Melayu, kata Tony dia sudah terbiasa dengan situasi itu.
Semuanya gara-gara dia menggunakan nama pentas yang seakan-akan Melayu.
Tony atau Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, 49, merupakan pelakon kelahiran Kuching, Sarawak dan berketurunan Bidayuh.
Sama seperti Hans, Tony sering melakonkan watak lelaki Melayu bahkan pernah tampil sebagai Tan Sri P. Ramlee menerusi telefilem biopik serta pementasan muzikal.

Image from: Hero-hero bukan Melayu tambat hati peminat Malaysia

Keith Foo

Memiliki darah campuran India dan Cina membuat pelakon Keith Foo memiliki wajah seakan lelaki Melayu.
Wajah tampan Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin, 43, terlebih dahulu mencuri perhatian di pentas hiburan Indonesia sebelum membuat keputusan kembali ke tanah air.
Drama bersiri popular, Ariana Rose melonjakkan nama Keith sebagai antara hero Malaya, sebaris dengan pelakon-pelakon popular seangkatan lain seperti Datuk Remy Ishak dan Fahrin Ahmad. Keith juga pernah muncul dalam video muzik lagu nyanyian Datuk Seri Rossa, Hati Yang Kau Sakiti.

Image from: Hero-hero bukan Melayu tambat hati peminat Malaysia

Zack X-Factor

Sama seperti Tony, pelakon dan anggota kumpulan X-Factor ini sering disangka jejaka Melayu.
Tidak dinafikan, wajah tampan Zack atau nama sebenarnya Zachery Francis Ubu, 49, memang kelihatan seperti lelaki Melayu.
Selebriti kelahiran Kuching, Sarawak berdarah campuran Iban, Bidayuh dan Kadazan ini pernah mencairkan hati peminat sekitar awal era 2000. Antara karya yang mengangkat nama Zack dalam dunia lakonan tanah air adalah filem Diari Romeo, drama bersiri Sembilu dan Si Capik.

 

The post Hero-hero bukan Melayu tambat hati peminat Malaysia appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved