Hetty Koes Endang ‘Claim’ Nyanyian Nana Lagi Sedap Dari Alyah, Tapi Netizen Tak Setuju Sebab…

Entertainment
11 Dec 2023 • 11:15 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam berlangsungnya konsert akhir All Stars Gegar Vaganza dan kita dapat menyaksikan Jaclyn Victor memegang trofi juara dan membawa pulang RM200,000.

Pun begitu, satu insiden pada malam tersebut menarik perhatian netizen dan mengundang rasa tidak puas hati sesetengah pihak.

Juri tetap rancangan realiti tv itu, Hetty Koes Endang berkata persembahan lagu Kisah Hati yang ditampilkan oleh Siti Nordiana atau mesra disapa Nana lebih bagus berbanding penyanyi asal lagu tersebut iaitu Alyah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hetty Koes Endang (@hke57)

“Merinding bulu roma saya masa dengar, menurut Bunda, lebih bagus Nana nyanyi daripada Alyah.

Lebih baik sikit sahaja, jangan marah ye Tok Ram,” kata Hetty.

Nyanyian Nana itu dikatakan menunjukkan peningkatan yang sangat ketara daripada persembahannya sebelum-sebelum ini.

Bagaimanapun, kenyataan penyanyi lejen Indonesia itu tidak diterima oleh ramai pihak dan ramai yang berpendapat nyanyian Nana itu biasa-biasa sahaja.

image is not available

Malah, penyanyi asal lagu Kisah hati itu turut repost IG Story salah seorang netizen yang menganggap kenyataan Hetty Koes Endang itu keterlaluan.

image is not available

Sebagai info, lagu Kisah Hati itu merupakan lagu nukilan Manusia Putih dan merupakan lagu finalis untuk Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-26.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.