“Hi Twin!” – Wanita Miliki Paras Rupa & Suara Seakan Fazura Curi Tumpuan

Entertainment
26 Aug 2022 • 1:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, seorang wanita yang dikenali sebagai Elle telah mencuri tumpuan netizen kerana paras rupa dan suaranya mirip seperti pelakon jelita terkenal, Fazura.

Video tersebut meraih lebih 450K jumlah tontonan dalam masa 23 jam apabila ada netizen mula perasan persamaan antara mereka berdua.

 

Ni fazura ke ? – Netizen

Menurut perkongsian di profil TikTok miliknya @ellezacksteak, Elle merupakan seorang peniaga makanan steak, dia menggunkan akaun TikTok ini sebagai salah satu platform untuk mempromosikan perniagaannya itu, terdapat beberapa video menunjukkan dia memasak , makan dan kongsikan tips serta cara memasak steak.

Bagaimanapun, apa yang menarik tumpuannya adalah, melihat paras rupa, suara dan intonasi percakapannya saling tak tumpah macam Fazura sampai ada netizen tegur dan respon yang diberikan itu mendapat perhatian netizen.

Dan korang boleh cuba tengok dan dengar cara dia bercakap ni. Sama kan?

 

Oh, Hi Twin! – Fazura

Berikutan dengan pertanyaan tersebut, Elle ada muat naik lagi satu video menceritakan pengalamannya ketika sedang ingin memohon pekerjaan part time ketika zaman kolej. Elle menceritakan ketika dia mohon kerja, ramai mengatakan rupanya persis Fazura.

Video ini paling banyak dapat raih perhatian netizen kerana jumlah tontonan sudah mencecah 1.4 juta dalam masa 23 jam! Bukan itu sahaja, ia juga mendapat perhatian Fazura sendiri dan menegurnya.

Disebabkan itu, ada netizen meminta agar mereka berdua bersemuka untuk lihat mereka berdia bekomunikasi.

image is not availableimage is not available

Ye! Min pun macam eh, macam Fazura, bab muka sama tu ramai, tapi yang ni siap cara cakap sekali sama, suka dengar cara dia cakap tu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.