“Hidup Kalau Tak Boleh Menyenangkan, Jangan Menyusahkan” – Abby Abadi

EntertainmentLifestyle
9 Sep 2025 • 11:04 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak membuat hantaran berkaitan perkahwinan anak perempuannya, apa sahaja dikongsikan pelakon dan penyanyi Abby Abadi pasti mencuri tumpuan pengguna media sosial.

Tidak hairanlah, hantaran pendek ditulis pelakon itu juga dianggap memberi makna atau ditujukan kepada sesiapa atau ada kaitan dengan isu anaknya, Marissa Dania.

image is not available

Hari ini, ahli kumpulan Elite tersebut telah meluahkan tentang sikap seseorang yang gemar permainkan hati dan perasaan orang lain.

Hidup kalau tak boleh menyenangkan, jangan menyusahkan. Jangan mainkan hati dan perasaan orang. Dunia ini berputar.

Dalam pada itu, pelakon berusia 47 tahun tersebut juga sempat memberi nasihat pendek kepada orang ramai untuk bangun seawal waktu Subuh.

 

View on Threads

 

Disebabkan lantang bersuara dan mengakui mahu menyelamatkan anaknya daripada perkahwinan itu, apa sahaja hantaran Abby di media sosial akan dianggap berkaitan dengan hal tersebut.

image is not available 2025-09-09 10:20:23

"Dah 'Berangkut' Dah, Malulah Hidup Atas Duit Perempuan" - Abby Abadi