Hilang Sejak 21 November, Mayat Lelaki Sri Aman Ditemui Meninggal Dunia

28 Nov 2024 • 6:17 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

8 hari tidak balik rumah, lelaki 23 tahun ditemui meninggal dunia

Hilang Sejak 21 November, Mayat Lelaki Sri Aman Ditemui Meninggal Dunia. Seorang lelaki berusia 23 tahun yang dilaporkan hilang di Sri Aman sejak 21 November telah ditemui meninggal dunia.

Menurut laporan media tempatan, pusat operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, mayat mangsa telah ditemui oleh pasukan pencarian pada pukul 10:25 pagi di hilir Sungai Dor, kira-kira 1.6 kilometer dari rumah mangsa.

image is not available
Sumber foto: JPBM. Hilang Sejak 21 November, Mayat Lelaki Sri Aman Ditemui Meninggal Dunia

Operasi mencarinya dilakukan sejak 21 November

Mayat itu kemudiannya dibawa ke jalan utama Jalan Sri Aman-Kuching untuk diserahkan kepada pihak polis dan seterusnya dihantar ke Hospital Sri Aman untuk tindakan lanjut.

Pada 21 November, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan selepas mangsa, Jakson Bar Runi, dari Rumah Panjang Sekot Sebangkoi Undop di Sri Aman dilaporkan hilang.

Mangsa dilaporkan telah keluar dari kediamannya pada hari itu tanpa memberitahu ahli keluarga tentang destinasinya.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai mangsa hilang: