Tan Sri Ananda Krishnan Meninggal Dunia

28 Nov 2024 • 2:45 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Tan Sri Ananda Krishnan Tatparanandam meninggal dunia pada Khamis.

Perkara itu disahkan syarikat pegangan pelaburan itu dalam satu kenyataan pada Khamis.

“Dengan dukacitanya, kami mengumumkan pemergian Pengerusi kami, Encik Ananda Krishnan Tatparanandam, yang telah meninggal dunia dengan tenang pada 28 November 2024.  

“Beliau telah memberikan sumbangan besar dalam pembangunan negara dan dunia korporat, serta inisiatif kebajikannya telah menyentuh banyak kehidupan,” katanya.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, pihak keluarga mediang Tan Sri Ananda Krishnan memohon agar orang ramai menghormati pemergian beliau. 

“Kami dengan rendah hati memohon agar keinginan keluarga untuk berkabung secara peribadi dihormati,” jelasnya. 
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved