Pengasas Maxis dan Astro, Tan Sri Ananda Krishnan Meninggal Dunia

TechnologyDigital
28 Nov 2024 • 3:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tan Sri Ananda Krishnan, seorang tokoh perniagaan terkemuka dan yang juga merupakan antara hartawan terkaya di Malaysia telah meninggal dunia sebentar tadi pada usia 86 tahun. Pemergian beliau disahkan oleh syarikat pegangan pelaburannya, Usaha Tegas Sdn Bhd tetapi sebab kematian masih belum diumumkan.

image is not available
Gambar – Facebook Tan Sri Ananda Krishnan

Ananda Krishnan dikenali sebagai pengasas dan pengerusi beberapa syarikat besar seperti Maxis Bhd, Astro Malaysia Holdings Bhd, MEASAT Satellite Systems dan Bumi Armada Bhd. Beliau juga disenaraikan sebagai individu ke-6 terkaya di Malaysia dan ke 667 di dunia oleh Forbes dengan nilai kekayaan bersih sebanyak $5.1 bilion (RM22.7 bilion).

Ananda dilahirkan di Brickfield, Kuala Lumpur pada tahun 1938dan menerima pelajaran awal di Sekolah Tamil Vivekananda Kuala Lumpur dan kemudiannya di Victoria Institution. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Mudanya (Kepujian) daripada Universiti Melbourne, Australia sebelum melanjutkan pelajaran ke tahap Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Harvard. Mendiang meninggalkan tiga orang anak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved