Hilang tiga hari, Nur Izzati ditemui meninggal dunia

Local
26 May 2026 • 1:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Hilang tiga hari, Nur Izzati ditemui meninggal dunia
Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa sejak Sabtu lalu ditemukan meninggal dunia hari ini.
Image from: Hilang tiga hari, Nur Izzati ditemui meninggal dunia
Mangsa, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan kebun berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang.Foto JBPM
Image from: Hilang tiga hari, Nur Izzati ditemui meninggal dunia
Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Azliza Ahmad (kiri) melihat peta lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Pos Kawalan Bomba di Bukit Changkat Asa di Tanjong Malim. Foto Bernama.
Image from: Hilang tiga hari, Nur Izzati ditemui meninggal dunia
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, ACP Ibrahim Husin (tengah) bersama pasukan keselamatan meninjau sekitar lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Bukit Changkat Asa di Tanjong Malim hari ini.Nur Izzati Humaira Azizul, 19, dipercayai tersesat pada 10.50 pagi Sabtu lepas ketika menuruni bukit bersama-sama keluarganya selepas mengambil keputusan untuk berjalan sendirian supaya sampai lebih awal kerana berasa panas dan penat. Foto Bernama.
Image from: Hilang tiga hari, Nur Izzati ditemui meninggal dunia
Mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat. Foto JBPM

HULU SELANGOR – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Changkat Asa sejak Sabtu lalu ditemukan meninggal dunia hari ini.

Mangsa, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar pukul 11.58 pagi di kawasan kebun berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang.

**media[3533380]**

'Masih bernyawa atau tinggal jasad, kami harap Nur Izzati ditemui' - Bapa

**media[3533322]**

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi hari ini dimulakan pihaknya dengan Unit Anjing Pengesan JBPM pada jam 9 pagi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan pertahanan Awam (APM), Bomba Sukarela, Pejabat Hutan, Pejabat Tanah, Malim Gunung (MGP) serta barisan sukarelawan.

"Pada jam 11.58 pagi, mangsa telah dijumpai oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM.

"Mangsa ditemui telah meninggal dunia dan diserahkan pada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui di kawasan kebun iaitu kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dilihat dan satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

**media[3533323]**

Tambahnya, mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat.

Sebelum itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu telah digerakkan ke lokasi selepas menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 1.28 petang, Sabtu lalu.

**media[3533387]**

Tugas mencari mangsa kemudian telah digerakkan dengan bantuan BBP Tanjung Malim sebelum radius pencarian diperluas merangkumi 0.43 kilometer persegi di hari kedua.

Memasuki hari ketiga, Ketua BBP Kuala Kubu Bharu melaporkan radius pencarian mangsa telah diperluas merangkumi kawasan seluas 0.65 kilometer persegi.

 

 

View Original Article