Hilman dihalau keluar, digantung dua hari

LocalPolitics
28 Apr 2026 • 11:42 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Muhammad Hilman Idham

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang Muhammad Hilman Idham (PN-Gombak Setia) diarah keluar daripada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan digantung dua hari bermula hari ini, selepas mengingkari arahan Speaker DUN Lau Weng San.

Weng San mengeluarkan arahan itu apabila Muhammad Hilman tidak menghiraukan arahannya untuk duduk selepas Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaludin selesai menjawab pertanyaan lisan yang dikemukakan beliau berhubung potensi pendapatan baharu negeri melalui sumber tenaga boleh diperbaharui.

Kekecohan bermula apabila Muhammad Hilman bangkit untuk meminta kebenaran mengemukakan soalan tambahan bagi isu tersebut sebelum Lau mengarahkan beliau untuk duduk namun tidak dihiraukannya.

Weng San kemudian mengarahkan Muhammad Hilman untuk keluar dan digantung dua hari hingga esok. - Bernama 

 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved