Himpunan aman: Kawalan keselamatan di Menara Kinabalu diperketat

LocalPolitics
31 Dec 2024 • 1:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laluan masuk ke Menara Kinabalu dari arah Kota Kinabalu ditutup sempena program Karnival Ria yang diadakan di kawasan tersebut.

KOTA KINABALU - Kawalan keselamatan di pekarangan Menara Kinabalu telah diperketatkan oleh pihak polis termasuk sekatan jalan masuk ke kawasan tersebut.

Tinjauan Sinar Harian mendapati jalan masuk ke Menara Kinabalu, dari Kota Kinabalu telah ditutup manakala jalan masuk dari laluan Jalan Sulaman menghala Menara Kinabalu terdapat sekatan jalan raya.

Bagi lauan dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dibuka namun untuk memasuki pekarangan Menara Kinabalu dari Wisma Innoprise ditutup untuk program Karnival Ria yang diadakan di lokasi tersebut.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dalam sidang akhbar pada Isnin memaklumkan terdapat program karnival diadakan di kawasan pekarangan Menara Kinabalu.

Sehubungan itu, mana-mana kumpulan yang mengadakan perhimpunan tidak dibenarkan atau menceroboh di pekarangan tersebut.

Setakat ini, Sinar Harian mendapati kumpulan perhimpunan aman Bangkit Sabahan berkumpul di pekarangan Anjung Selera Likas iaitu kira-kira satu kilometer dari Menara Kinabalu.

Sementara itu, kelibat mahasiswa yang turut mahu mengadakan perhimpunan aman Gempur Rasuah Sabah belum dilihat di pekarangan Menara Kinabalu, setakat jam 1 tengah hari ini.