
Lapan tahun lalu Vivo Nex Dual dilancarkan dengan ia dilengkapi dwi-skrin besar sebagai gimik jualan. Trend dwi-skrin tidak berapa mendapat sambutan dan idea ini berkubur. Tetapi Hisense kini akan melancarkan sebuah telefon pintar dengan skrin utama e-ink dan hadir dengan skrin sekunder LCD berwarna yang boleh ditanggalkan.

Telefon Hisense A10 hadir dengan skrin utama e-ini monokrom sebesar 6.13″ di hadapan untuk tujuan membaca buku dan dokumen dengan kuasa rendah. Skrin sekunder pula adalah daripada jenis LCD yang berwarna untuk menonton video. Yang menarik di sini ialah skrin sekunder LCD ini boleh ditanggalkan apabila tidak diperlukan.

Maklumat mengenai peranti masih agak samar dengan ia dikatakan dikuasakan oleh cip Snapdragon, dilengkapi dwi-kamera utama di belakang dan menggunakan Android 16. Ia hanya akan dijual di China sahaja pada waktu ini. Siapa sangka HiSense yang terkenal dengan TV juga mempunyai jenama telefon pintar yang inovatif.,
Sumber – Engadget




