Samsung dilihat mula mengacah kehadiran telefon pintar boleh lipat terbaharu mereka melalui beberapa kemas kini di media sosial pada hari ini. Peranti tersebut dijangka dikenali sebagai Galaxy Z Fold8.

Selepas berbulan‑bulan khabar angin, Samsung akhirnya mengeluarkan imej pengenalan rasmi awal bagi telefon lipat dengan skrin lebar itu. Pengenalan yang dikongsi menekankan bahagian reka bentuk lebih lebar dengan penggunaan frasa seperti “A New Shape” dan “A Bold Stroke” seolah‑olah memberikan isyarat bahawa nisbah aspek baharu yang lebih luas akan digunakan.
Setakat ini tiada imej penuh dipaparkan, hanya video pengenalan dan imej ilustrasi awal tanpa menunjukkan peranti sebenar. Pelancaran rasmi dijangka berlangsung pada 22 Julai 2026, bersama Galaxy Z Fold8 Ultra dan Galaxy Z Flip8. Bagi yang ingin mendapatkan Galaxy Z Fold7, peranti tersebut masih ditawarkan dengan harga yang sama seperti sebelum ini tanpa sebarang kenaikan.




