HLIB: Harga saham MBM Resources diyakini kembali meningkat disokong jualan kenderaan baharu

Business & FinanceCars
29 Jul 2026 • 12:20 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

HLIB: Harga saham MBM Resources diyakini kembali meningkat disokong jualan kenderaan baharu Image from: HLIB: Harga saham MBM Resources diyakini kembali meningkat disokong jualan kenderaan baharu amree29/07/2026 - 12:20 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 29 JulaiMBM Resources Berhad dilihat berada pada kedudukan terbaik untuk mencatat peningkatan semula harga saham selepas susut lebih 13% daripada paras tertinggi bagi tahun ini.

 

Menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB), sahamnya dinilai masih murah, dengan dividen menarik serta prospek pemulihan hasil walaupun berdepan dengan kelembapan jualan beberapa jenama automotif.

 

Tekanan jualan ke atas saham kumpulan ini semakin reda dengan harga kini membentuk paras sokongan sekitar RM4.60, sekali gus membuka peluang pengumpulan saham sebelum potensi pemulihan kembali.

 

"Justeru, kami mengekalkan saranan 'beli' ke atas saham MBM Resources dengan harga sasaran (TP) RM7.10 sesaham, berasaskan diskaun 15% kepada penilaian jumlah bahagian (SOP) RM8.39," katanya.

 

Ujar HLIB, walaupun keuntungan suku pertama FY26 merosot 37% tahun ke tahun (YoY) akibat cuti perayaan utama serta penutupan sementara kilang, prestasi itu masih lagi menepati unjuran dan dijangka pulih.

 

Firma itu menilai pemulihan saham akan dipacu permintaan kukuh terhadap kenderaan Perodua, yang masih mempunyai buku tempahan sekitar 43,000 unit, selain aliran tempahan baharu adalah kekal stabil.

 

MBM Resources_DagangNews2026

 

Sambutan baik terhadap kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen B baharu, Perodua Traz dan perkembangan positif dasar yang berkaitan kenderaan elektrik (EV) dijangka memacu pertumbuhan MBM Resources.

 

"Model EV pertama Perodua, QV-E sudah berjaya menerima 1,700 tempahan, sekali gus mencerminkan minat pengguna yang semakin meningkat terhadap jenis EV pemasangan tempatan (CKD)," tambah HLIB.

 

Selain itu, insentif kerajaan termasuk geran padanan RM4,000 bagi pelupusan kenderaan berusia lebih 20 tahun serta pengecualian cukai kepada pengusaha teksi dijangka merangsang lagi permintaan.

 

Ia namun mengakui permintaan lemah terhadap jenama Volvo dan Volkswagen menjadi cabaran kepada MBM Resources, meskipun kesan diimbangi oleh pertumbuhan perniagaan selepas jualan yang stabil.

 

Dari sudut penilaian, HLIB menyifatkan saham masih menarik kerana diniagakan pada nisbah harga kepada pendapatan (P/E) FY27 hanya 5.6 kali, dan menawarkan unjuran dividen sekitar 6.5% hingga FY27.

 

"Kedudukan tunai bersih syarikat sebanyak 62.2 sen sesaham memberikan fleksibiliti kewangan kukuh serta menyokong kemampanan pendapatan dan aliran tunai kumpulan berkenaan," kata firma tersebut.

 

Perkembangan positif berkenaan menjadikan saham MBM Resources antara pilihan utama dalam sektor automotif untuk pelabur tempoh jangka sederhana hingga panjang. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved