Betamek catat untung bersih bertambah kepada RM33 juta bagi FY26 didorong jualan aksesori kenderaan

Business & FinanceCars
29 Jul 2026 • 2:50 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Betamek catat untung bersih bertambah kepada RM33 juta bagi FY26 didorong jualan aksesori kenderaan Image from: Betamek catat untung bersih bertambah kepada RM33 juta bagi FY26 didorong jualan aksesori kenderaan amree29/07/2026 - 14:50 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 29 JulaiBetamek Berhad mencatatkan prestasi positif dengan peningkatan untung bersih kira-kira 32.0% kepada sebanyak RM33.2 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 (FY26).

 

Lonjakan ini didorong peningkatan jualan dalam segmen teras iaitu produk audio visual dan aksesori kenderaan, serta sumbangan setahun penuh daripada anak syarikat, Betamek Sanshin (M) Sdn Bhd (BSSB).

 

Menurut makluman kumpulan itu kepada Bursa Malaysia, pengenalan aliran pendapatan baharu daripada modul ketersambungan turut dikenal pasti menjana keuntungan selepas cukai (PAT) yang lebih baik.

 

"Selain itu, pengurusan kos yang cekap dan pengukuhan nilai mata wang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) turut membantu mengurangkan kos bahan mentah import," tambah Betamek lagi.

 

Ujarnya, syarikat tersebut mampu meraih pendapatan sebanyak RM275.5 juta, meningkat kira-kira 15.6% daripada hanya RM238.3 juta yang pernah dicatatkannya pada tahun kewangan sebelum itu (FY25).

 

Betamek_DagangNews2026

 

Dalam pada itu, jualan aksesori kenderaan melonjak 47% kepada RM75.2 juta, manakala segmen produk audio visual kekal sebagai penyumbang terbesar dengan pendapatan mencecah sebanyak RM173.2 juta.

 

Kata Betamek, margin keuntungan sebelum cukai (PBT) meningkat kepada 21% berbanding 16% pada FY25, berikutan campuran produk lebih bernilai tinggi dan peningkatan automasi dalam operasi pembuatan.

 

"Strategi kepelbagaian menyaksikan dengan sumbangan pelanggan bukan Perodua naik kepada 18% daripada jumlah hasil, manakala pasaran eksport melalui BSSB menjana 12% kepada jualan," jelasnya.

 

Justeru kumpulan mencadangkan dividen akhir 1.25 sen, menjadikan jumlah dividen keseluruhan bagi FY26 sebanyak 6.00 sen sesaham, merangkumi kira-kira 82.3% daripada keuntungan bersih syarikat.

 

Betamek kekal optimis terhadap prospek masa depan melalui pelan strategik lima tahun, dengan fokus ketersambungan pintar, kenderaan elektrik (EV), dan pasaran ke rantau ASEAN. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved