HLIB naikkan harga sasaran KPJ Healthcare sebanyak 17% kepada RM3.12

LocalBusiness & Finance
16 Apr 2025 • 5:16 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

HLIB naikkan harga sasaran KPJ Healthcare sebanyak 17% kepada RM3.12

image is not available

16/04/2025 - 17:16

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 16 April - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research telah menaikkan harga sasaran (TP) 52-minggu bagi KPJ Healthcare Bhd sebanyak 17% kepada RM3.12, sekali gus mengekalkan saranan "beli" terhadap saham syarikat penjagaan kesihatan tersebut.

Kenaikan itu diumumkan menerusi laporan tematik yang dikeluarkan hari ini, dengan HLIB turut mengekalkan pendirian "overweight" terhadap sektor penjagaan kesihatan Malaysia bagi 2025.

Firma penyelidikan itu turut menaikkan sedikit harga sasaran bagi IHH Healthcare Bhd kepada RM9.03 berbanding RM8.92 sebelum ini.

Menurut data Bloomberg, KPJ menerima sebanyak 12 saranan "beli" dan lima "pegang" daripada penganalisis, dengan purata harga sasaran konsensus RM4.35.

Sementara itu, IHH menerima 17 saranan "beli" dan enam "pegang" dengan harga sasaran konsensus RM4.48.

image is not available

Dalam nota kajiannya, HLIB kekal positif terhadap sektor penjagaan kesihatan kerana didorong pemacu pertumbuhan struktur jangka panjang yang kukuh, menjadikannya pilihan defensif yang menarik di tengah-tengah ketidaktentuan makroekonomi yang berterusan.

HLIB berkata, pihaknya kekal optimis terhadap sektor penjagaan kesihatan kerana didorong oleh pemacu pertumbuhan struktur jangka panjang yang kukuh, menjadikannya sebagai pilihan defensif yang menarik dalam persekitaran ekonomi makro yang tidak menentu.

"Selain itu, kami menjangkakan potensi kenaikan tambahan menerusi tema pelaburan berfokus domestik hasil daripada penilaian semula pasaran yang didorong oleh IPO, terutamanya penyenaraian Sunway Healthcare Group (SHG) yang dijangka berlaku pada penghujung 2025," katanya.- DagangNews.com

standard