
Boon Siew Honda (BSH) terus memperkukuh rangkaian motosikal premium mereka di Malaysia menerusi pembukaan rasmi Honda BigWing Senai, bilik pameran BigWing ketujuh di negara ini dan yang kedua di Johor.
Pembukaan ini turut menjadi pembukaan pertama Honda BigWing bagi tahun 2026, sekali gus menandakan langkah besar BSH dalam memperluaskan pengalaman pemilikan motosikal premium Honda kepada komuniti penunggang di selatan tanah air termasuk Singapura.
Honda BigWing Senai dibangunkan dengan konsep “Zero-Clutter”, menampilkan suasana moden dan minimalis yang memberi fokus kepada keselesaan pelanggan serta pengalaman premium. Antara kemudahan utama yang ditawarkan termasuk ruang pameran terbuka yang menampilkan barisan model Big Bike Honda 2026 terkini termasuk model dengan teknologi Honda E-Clutch.
Selain itu, pusat servis khusus yang lengkap dengan sokongan alat ganti turut disediakan bagi memastikan tahap penyelenggaraan terbaik kepada pelanggan. Tidak ketinggalan, ruang komuniti eksklusif juga diwujudkan sebagai lokasi santai dan pusat pertemuan penunggang motosikal di wilayah selatan.
Pengarah Urusan dan CEO Boon Siew Honda, Kunitomo Asano berkata pembukaan Honda BigWing Senai merupakan sebahagian daripada strategi pengembangan rangkaian premium Honda yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan komuniti motosikal tempatan.
Menurut beliau, BSH juga merancang membuka dua lagi pusat Honda BigWing di Pulau Pinang dan Kedah menjelang penghujung tahun ini bagi melengkapkan rangkaian premium nasional mereka.
Sempena pembukaan rasmi ini, Honda BigWing Senai turut menawarkan beberapa promosi menarik untuk tempoh terhad termasuk:
- Rebat RM5,000 untuk model Hornet CB750, CB650R E-Clutch dan CBR650R E-Clutch sehingga 31 Ogos 2026
- Aksesori EMS percuma bagi pembelian NX500 dan ADV350
- Diskaun 20% untuk barangan rasmi serta alat ganti sehingga 24 Mei 2026
Honda BigWing Senai terletak di No. 451, Jalan Persiaran Scientex Utama 1, Taman Scientex Utama, 81400 Senai, Johor dan beroperasi setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 7.00 malam.







The post Honda BigWing Senai Rasmi Dibuka, Jadi Hab Premium Baharu Penunggang Selatan appeared first on TW Media.






