Generasi baharu Oppo Reno telah dilancarkan secara rasmi semalam di China merangkumi dua model iaitu Reno16 dan Reno16 Pro. Kedua-duanya hadir dengan kelebihan tersendiri yang memberi tumpuan kepada pengguna yang mahukan peranti kelas pertengahan premium dengan ciri moden serta berkuasa.

Reno16 Pro menggunakan skrin OLED 6.78″ 1.5K dengan kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 3600 nits serta OPPO Crystal Shield Glass. Ia dipadankan dengan cip Dimensity 9500s, memori sehingga 16GB LPDDR5X RAM, storan sehingga 512GB UFS 3.1 dan bateri 7000mAh dengan pengecasan pantas 80W dan nirwayar 50W.
Sistem operasi terkini Android 16 dengan ColorOS 16 digunakan. Terdapat juga ciri AI moden disediakan termasuk butang fizikal khas yang mengaktifkan Oppo AI One-Click Notes untuk membantu pengguna menghasilkan itinerari perjalanan dan menyusun nota secara automatik.

Untuk kamera, Reno16 Pro dilengkapi tiga kamera belakang iaitu kamera utama 200MP dengan OIS, ultra-lebar 50MP dan telefoto periskop 50MP dengan 3.5X zoom optikal yang turut menyokong rakaman video 4K60FPS. Kamera hadapan pula hadir dengan resolusi 50MP serta keupayaan rakaman video 4K60FPS.
Selain itu, ia dilengkapi pengimbas cap jari bawah skrin, pemancar inframerah, audio, pembesar suara stereo serta kalis air dengan IP66, IP68, IP69 dan IP69K.

Oppo Reno16 dilengkapi skrin OLED 6.32″ 1.5K dengan kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 3600 nits serta perlindungan OPPO Crystal Shield Glass. Ia dikuasai cip Dimensity 8550 SUPER, memori sehingga 16GB LPDDR5X RAM, storan sehingga 1TB UFS 3.1 dan bateri 6700mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 80W.

Untuk kamera, Reno16 hadir dengan sistem tiga kamera belakang iaitu kamera utama 200MP dengan OIS, ultra-lebar 50MP dan telefoto periskop 50MP dengan 3.5X zoom optikal. Ia turut menyokong rakaman video 4K 60fps, manakala kamera hadapan beresolusi 50MP dengan kemampuan rakaman video 4K 60fps.
Sistem operasi yang digunakan ialah ColorOS 16 berasaskan Android 16.S elain itu, ia dilengkapi pengimbas cap jari dalam skrin, sensor inframerah, pembesar suara stereo serta kalis air dengan IP66, IP68, IP69 dan IP69K.

Harga rasmi untuk OPPO Reno16 Pro dan Oppo Reno16 adalah seperti di bawah
- OPPO Reno16 Pro (12/256GB) – RMB 4,499 (~RM2,620)
- OPPO Reno16 Pro (12/512GB) – RMB 4,899 (~RM 2,853)
- OPPO Reno16 Pro (16/512GB) – RMB 5,299 (~RM 3,086)
- OPPO Reno16 (12/256GB) – RMB 3,499 (~RM 2,038)
- OPPO Reno16 (16/256GB) – RMB 3,899 (~RM 2,271)
- OPPO Reno16 (12/512GB) – RMB 3,999 (~RM 2,329)
- OPPO Reno16 (16/512GB) – RMB 4,299 (~RM 2,504)
- OPPO Reno16 (16/1000GB) – RMB 4,899 (~RM 2,856)






