
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Umum mengetahui setiap pengguna jalan raya sentiasa dinasihatkan untuk berhati-hati apabila berada di jalan raya.
Bukan hanya itu, kita juga sentiasa dinasihatkan untuk mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Ini kerana tindakan pemandu yang melanggar undang-undang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya atau lebih teruk lagi kematian.
Honda City Hatchback lawan arus di lebuh raya
Baru-baru ini tular satu video di TikTok memaparkan sebuah kereta Honda City jenis Hatchback di Lebuhraya Plus Utara-Selatan berdekatan kawasan Rehat & Rawat (R&R) Jejantas Sungai Buloh, Selangor.
Menerusi video yang dikongsikan Ahmad Zufar, awalnya kelihatan kenderaan Zufar berada di lebuh raya.
Dalam video itu kelihatan sebuah kereta Honda berkenaan berada di bahagian seberang jalan.
Apa yang menjadi perhatian, kelihatan kereta Honda itu memandu dalam keadaan melawan arus.
Banyak kenderaan dari arah bertentangan sewaktu Honda City melawan arus
Bukan hanya itu, terdapat banyak kenderaan seperti kereta dan lori juga berada di laluan tersebut.
Susulan insiden itu, Zufar kemudian membunyikan hon sebagai tanda amaran kerana tindakan terbabit sangat membahayakan.
Apabila mendekati kereta Honda itu, kelihatan pemandu turut menyalakan lampu kecemasan.
Menerusi rakaman dashcam kelihatan kenderaan Zufar berada di laluan menghala ke Kuala Lumpur.
Dalam rakaman tersebut dipercayai insiden berkenaan berlaku pada jam 1 pagi, 26 September.
“Kejadian sekitar pukul 1 pagi tadi. Betul-betul lepas kawasan Rehat dan Rawat Jejantas Sungai Buloh menghala ke Bukit Lanjan.
“Aku tak tahu apa masalah Honda City Hatchback ni. Bumper belakang dah kemek tak tahu lah lari dari orang ke apa.
“Kalau dia normal, dia takkan buat macam ni. Salah jalan pun mesti berhenti bukan teruskan perjalanan lawan arus dekat lane speeding (lorong kanan),” ujarnya di ruangan kapsyen.
Ahmad Zufar turut berharap tiada sebarang kemalangan berlaku sepeerti pertembungan dengan kenderaan lain.
“Aku harap jangan lah ada yang bertembung, tengok gaya lawan arus sampai menuju ke Duta tu.”
Kejadian sekitar pukul 1.00 am tadi. Betul-betul lepas Jejantas Sg Buloh hala ke Bukit Lanjan. Aku tak tau apa masalah Honda City HB ni. Bumper belakang dah kemek tak tahu la lari dari orang ke apa. Kalau dia normal, dia takkan buat macam ni. Salah jalan pun mesti berhenti bukan teruskan perjalanan lawan arus kat lane speeding woi! Aku harap jangan la ada yang bertembùng, tengok gaya lawan arus sampai menuju ke Duta tu. #Dashcam #DashcamMalaysia #LawanArus #SgBuloh #Fyp
Dipercayai kereta sama turut berjalan tanpa tayar bahagian hadapan
Dalam satu lagi video dimuat naik oleh seorang pengguna, Apeksem di TikTok kelihatan sebuah kereta Honda City dipercayai kenderaan sama diikuti oleh beberapa motosikal.
Turut kelihatan kereta itu berjalan tanpa tayar di bahagian hadapan sebelah kanan.
Macam” hal la #fyp
Ada dakwaan pemandu sudah ditahan
Melihat di ruangan komen pengguna TikTok itu memaklumkan pemandu Honda terbabit sudah ditahan. Namun setakat artikel ini ditulis belum ada sebarang laporan daripada pihak berkuasa mengenai perkara itu.
Tidak kurang juga ramai yang mempersoalkan bagaimana pemandu Honda itu berjalan dengan hanya menggunakan rim sahaja.
“Aku penat kejar sampai Kuala Lumpur pagi tadi. 2 biji MPV polis Damansara pun tak lepas tahan kereta..”

“Tahan mat rim kereta dia”

“Aduh sakitnya hati dengar bunyi rim tu”





![Tular Lelaki Lintas Jalan Melulu Tepuk Muka Rider Selepas Nyaris Dilanggar [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
![2 Tempat Imam Disunatkan Menunggu Makmum Ketika Dalam Solat [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)
![Isu Sewa Tapak Parkir RM400, Faiz Soul Tuntut Pampasan RM200,000 Dari Pegawai MDB [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)