Xiaomi 15T Series Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula RM1,899 Sahaja

LocalTechnology
26 Sep 2025 • 5:49 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Jika dahulu, telefon hanyalah sebuah peranti untuk menghubungi seseorang yang jauh daripada pandangan mata, namun kini ia lebih daripada itu.

Maka tidak hairanlah jika kebanyakan syarikat teknologi pada masa kini berlumba-lumba mengeluarkan telefon pintar (smartphone) yang mampu melakukan pelbagai tugasan yang diperlukan oleh setiap pengguna.

Antara syarikat yang sentiasa berusaha memenuhi keperluan setiap individu pada masa kini adalah Xiaomi.

Xiaomi lancar Xiaomi 15T dan 15T Pro

Seperti semalam (25 September), syarikat teknologi terkemuka China itu baru sahaja melancarkan siri smartphone terbaharu mereka di Malaysia iaitu Xiaomi 15T dan Xiaomi 15T Pro.

Kedua-dua model ini tidak mempunyai perbezaan yang begitu ketara selain daripada cip dalamnya serta ciri kamera.

Cip pemprosesan pada Xiaomi 15T Dijana dengan MediaTek Dimensity 8400-Ultra manakala 15T Pro pula didatangkan dengan MediaTek Dimensity 9400+ yang jelas lebih berkuasa.

Gambar dan video lebih cantik dengan kerjasama Leica

Tarikan utama siri Xiaomi 15T ialah sistem tiga kamera hasil kerjasama dengan Leica. Kedua-dua model hadir dengan kamera utama Leica Summilux 50MP, lensa ultra-lebar dan pilihan telefoto.

Namun, model 15T Pro didatangkan dengan kamera telefoto Leica 5x Pro yang menawarkan sehingga 20x Ultra Zoom untuk tangkapan jarak jauh yang terperinci.

Selain itu, ia didatangkan dengan ciri sistem Xiaomi AISP 2.0 yang boleh menghasilkan gambar lebih semula jadi dengan warna kelihatan lebih hidup dan jelas walaupun dalam keadaan cahaya malap.

Siri ini juga menyokong kesan potret baharu, mod fotografi jalanan Leica serta rakaman video tahap profesional termasuk 4K HDR10+ pada kedua-dua model dan 4K 120fps gerak perlahan pada Pro.

Siri Xiaomi 15T boleh berhubung tanpa line

Xiaomi turut memperkenalkan Xiaomi Astral Communication iaitu ciri utamanya ialah Offline Communication yang membolehkan dua peranti Xiaomi 15T berhubung tanpa rangkaian mudah alih atau Wi-Fi.

Jarak yang boleh dicapai ialah 1.9Km bagi model Pro, manakala Xiaomi 15T pula sejauh 1.3Km.

Ia juga dilengkapi dengan teknologi antena pintar untuk memastikan isyarat kekal stabil sama ada ketika bermain game, navigasi, mahupun menonton video secara dalam talian.

Lebih menarik lagi, kedua-dua model ini didatangkan dengan Xiaomi HyperOS 3 serba baharu dengan rekaan paparan dalaman lebih moden, multitasking lebih lancar serta prestasi lebih pantas.

Paparan lebih besar dan cerah

Siri Xiaomi 15T hadir dengan saiz skrin 6.83 inci dengan kecerahan sehingga 3200 nits dan resolusi 1.5K yang lebih tajam.

15T Pro mempunyai kadar segar semula (refresh rate) 144Hz dengan teknologi penjagaan mata untuk penggunaan lama, sementara 15T pula menawarkan refresh rate 120Hz bersama teknologi anti-flicker untuk tontonan lebih selesa, terutamanya pada waktu malam.

Bateri bersaiz besar dengan pengecasan pantas sehingga 90W

Kedua-dua model ini turut dilengkapi dengan bateri 5,500mAh serta pengecasan berkabel yang pantas.

Pun begitu, model Pro lebih baik kerana ia menyokong 90W HyperCharger berkabel serta 50W pengecasan tanpa wayar (Wireless Hypercharger).

Manakala bagi model biasa pula, ia hanya menyokong pengecasan pantas berkabel 67W sahaja tanpa Wireless Hypercharger.

image is not available

Pilihan warna dan harga

Kedua-dua model ini datangkan dalam tiga pilihan iaitu Mocha Gold, Gray dan Black bagi Xiaomi 15T Pro dan Rose Gold, Gray dan Black bagi Xiaomi 15T.

Bagi harga pula, Xiaomi 15T ditawarkan dalam dua pilihan harga iaitu RM1,899 bagi storan dalaman 256GB dan RM2,199 (512GB).

Manakala 15T Pro pula bermula RM2,699 untuk storan 256GB, RM2,999 (512GB) dan RM3,499 (1TB). Kedua-dua model ini didatangkan dengan RAM 12GB.

image is not available

Sekiranya korang membuat pra tempah dari sekarang sehingga 2 Oktober, Xiaomi akan memberikan diskaun sebanyak RM200.

Bukan itu sahaja, korang juga akan mendapat Xiaomi Buds 5 yang bernilai RM459 secara percuma.

Bagi model 15T Pro pula, pelanggan yang membuat pra tempah akan mendapat jam Xiaomi Watch S4 bernilai RM699.

Selain melancarkan siri Xiaomi 15T, Xiaomi turut memperkenalkan beberapa peranti baharu mereka seperti Xiaomi Pad Mini, Redmi Pad2 Pro dan rangkaian AIoT Smart Tech seperti Watch S4, barisan robot vakum baharu, Xiaomi OpenWear Stereo Pro, Smart Camera C701 dan banyak lagi.