Honda E:N1 Dilancarkan Pada Harga RM 149,900 – EV Pertama Honda Untuk Malaysia

TechnologyDigitalCars
15 May 2025 • 11:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Setelah beberapa bulan Honda mempamerkan kereta elektrik pertama mereka iaitu Honda E:N1 bermulanya dari acara KLIMS 2024, hari ini mereka melancarkannya secara rasmi dan mengumumkan harganya yang akan dijual pada RM 149,900

image is not available

Honda E:N1 ini mempunyai motor elektrik yang mempunyai kuasa 150 kW dan 310 Nm tork, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.7 saat dengan kelajuan maksimum 160 km/j. Ia dikuasakan oleh bateri Lithium-Ion sebesar 68.8 kWh yang menawarkan jarak perjalanan 500KM NEDC. Ia turut mempunyai pengecasan AC 10kW dan pengecasan pantas 78 kW membolehkan pengecasan 10%-80% dalam masa 45 minit.

image is not available

Salah satu kelainan yang mungkin jarang ditawarkan pada kereta elektrik dalam lingkungan harga ini adalah tuil pengubah tahap prembrekan janaan semula yang hadir secara ‘paddle shifters’. Ini membolehkan pemandu mengubah tahap pembrekan janaan semula sesuai dengan keadaan jalan, dan membolehkan mereka mengecas semula bateri dengan lebih efisien bergantung cara pemanduan. 

image is not available

Sepertimana dengan penawaran kereta Honda yang lain, ia akan turut dilengkapkan dengan fungsi Honda Sensing membolehkan fungsi swapandu tahap 2 dilakukan disamping fungsi-fungsi keselamatan yang lain.

image is not available

3 warna akan ditawarkan untuk pembeli Malaysia iaitu Aqua Topaz Metallic, Urban Grey Pearl, dan Platinum White Pearl. Kesemua model ditawarkan bersama jaminan selama 8 tahun atau 160,000 KM jarak perbatuan. Terdapat 8 cawangan Honda yang menjual dan memberikan khidmat selepas jualan. Dengan hadirnya Honda E:N1 ini semestinya bakal memeriahkan pemilikan kereta elektrik di Malaysia.