Honor Magic V6 Kini Rasmi – Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 Dan Bateri 6600mAh 

TechnologyDigital
1 Mar 2026 • 11:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Honor telah mencuri perhatian ramai di pentas MWC 2026 dengan memperkenalkan telefon lipat terbaharunya iaitu Honor Magic V6. Berbeza daripada pendekatan sebelumnya yang menekankan kenipisan peranti, Honor kali ini memberi tumpuan kepada kapasiti bateri yang besar sambil mengekalkan spesifikasi mercu.

image is not available

Honor Magic V6 kelihatan hampir sama dengan Magic V5 yang pernah kami ulas sebelum ini. Reka bentuk asasnya tidak banyak berubah, begitu juga dengan sebahagian besar spesifikasinya. Ia hadir dengan skrin utama berukuran 7.95 inci yang dipadankan dengan skrin luar 6.52 inci. Kedua-dua skrin menyokong LTPO 2.0 AMOLED dengan kadar segar semula sehingga 120Hz.

image is not available

Honor turut memperkenalkan engsel baharu Super Steel dengan kekuatan 2,800 MPa agar lebih kukuh untuk penggunaan jangka panjang. Dalam masa sama, kedalaman lipatan dikurangkan sebanyak 44% sehingga paparan kelihatan lebih rata. Skrin luar pula dilengkapi dengan lapisan anti-pantulan baharu dengan kadar pantulan hanya 1.5%.

image is not available

Tunjang utama peranti ini menggunakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang digandingkan dengan memori 16GB RAM serta storan dalaman 512GB. Seterusnya, tetapan kamera utama terdiri daripada kamera 50MP utama, kamera telefoto 64MP, kamera ultra lebar 50MP serta dwi kamera hadapan 20MP. Peranti ini juga dilengkapi dengan bateri 6,600mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W dan nirwayar 60W.

image is not available
image is not available
image is not available

Honor turut memperkenalkan ciri perkongsian fail dan pemberitahuan dengan peranti Apple. Sebagai contoh, Magic V6 boleh diselaraskan untuk pemberitahuan dua hala dengan iPhone. Selain itu, ia turut mempunyai tetapan untuk memaparkan pemberitahuan pada Apple Watch. Bagaimanapun, Honor masih belum mengumumkan harga jualan buat masa ini.