Honor Choice YHEMI MouseBuds Pro Dijual Pada Harga RM359 – Tetikus Nirwayar Dengan Fon Telinga Terbina

TechnologyDigital
22 Apr 2026 • 5:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor Malaysia turut memperkenalkan tetikus serba guna yang berfungsi sebagai pod pengecas dengan menempatkan sepasang fon telinga nirwayar separa terbuka secara tersembunyi di dalamnya.

image is not available

Tetikus ini bukan sahaja menjadi ruang simpanan fon telinga,malah dilengkapi pemacu dwi-magnet dan teknologi pengurangan bunyi. Sementara itu, bahagian luar disaluti kulit tiruan bertekstur untuk memberikan sentuhan premium, manakala suis TTC yang digunakan mampu menahan sehingga 500,000 klik.

image is not available
image is not available
image is not available

Dalam mod PC, sambungan dilakukan melalui penerima khusus bagi memastikan prestasi stabil, manakala satu butang disediakan untuk menukar daripada penggunaan tetikus ke mod audio semasa panggilan dengan cepat. Apabila dipadankan dengan telefon pintar pula, fon telinga beralih kepada Bluetooth Mode untuk penggunaan lebih bebas, sementara tetikus masih disambungkan melalui penerima bagi membolehkan kedua-duanya berfungsi serentak.

image is not available

Tetikus ini turut dilengkapi bateri 1000mAh yang mampu bertahan sehingga 30 hari dengan sekali pengecasan. Bagi yang berminat, ia dijual di Malaysia pada harga RM359.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved