Honor Win H9 Ialah Komputer Riba Gaming Pertama Dari Jenama Peranti Pintar Tersebut

TechnologyGaming
14 Apr 2026 • 3:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor ialah sebuah jenama elektronik dari China yang cukup terkenal, dan menawarkan banyak pilihan peranti pintar yang hadir dari piilhan premium ke mampu-milik, dan juga aksesori-aksesori tambahan seperti fon telinga dan juga jam tangan pintar.

Honor juga dikenali untuk penawaran komputer riba produktiviti melalui siri komputer riba Honor Magicbook, tetapi akan datang, mereka nampaknya akan memasuki pasaran gaming juga dengan penawaran komputer riba gaming pertama mereka: Honor Win H9.

image is not available

Honor juga nampaknya telah memperlihatkan beberapa butiran awal mengenai komputer riba ini, termasuklah penggunaan cip pemprosesan Intel Core i7-14650HX dengan NVIDIA GeForce RTX 5060 dan cip Intel Core Ultra 9 290HX bersama kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5070 Ti. Kedua-dua konfigurasi ini juga akan hadir dengan memori LPDDR5 16GB dan storan SSD PCIe4.0 sebesar 1TB.

Satu gimik menarik yang diperlihatkan melalui Honor Win H9 ini ialah sistem penyejukan Honor Dongfeng yang terdiri daripada dua kipas penyejukan yang menarik udara dari bawah komputer riba, dan enam kipas di bahagian sisi yang meniup udara panas dari komponen ke ruang udara di luar rangka komputer.

image is not available

Menurut Honor, apabila permainan komputer dimainkan dalam mod kipas Quiet Mode, suhu permukaan bahagian kiri papan kekunci dirakam pada sekitar 40 darjah Celcius dengan bunyi hingar kipas dirakam pada 38dB sahaja.

image is not available

Honor mengatakan bahawa komputer riba gaming ini akan diperkenalkan secara lebih lanjut pada 23 April ini, dan mungkin akan memperlihatkan tanda harga dan tarikh jualan juga. Setakat ini, ia tidak diketahui lagi jika komputer riba ini akan ditawarkan di pasaran Malaysia seperti komputer riba Honor Magicbook.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved