Huawei Watch Buds 2 Dilancarkan Dengan Fon Telinga Terbina

TechnologyDigital
21 Apr 2026 • 11:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei Watch Buds 2 dilancarkan semalam dengan ia kembali sekali lagi dengan sepasang fon telinga nirwayar terbina dalam tubuh. Ia hadir tiga tahun selepas Huawei Watch Buds asal dilancarkan. Jam tangan ini dilengkapi skrin 1.5” AMOLED, 466×466 pixel dengan keterangan sehingga 3000 nit.

image is not available

Tubuh diperbuat daripada bahan titanium yang tahan lasak dengan tali jam diperbuat daripada kulit, getah fluorin ataupun titanium. Sensor yang disertakan pula ialah accelerometer, penjejak nadi optikal dan cahaya. Ini memberikan pengesanan apnea tidur, AFib, risiko darah tinggi dan ritma jantung tidak sekata.

image is not available

Sementara itu fon telinga pula seberat 4 gram dengan sistem ANC terbina. Ia melepasi piawaian kalis air IP54. Ia boleh berfungsi selama 3 jam dengan ANC dan 4 jam tanpa ANC. Kerana rekabentuknya yang simetri, fon telinga boleh dipasang dimana-mana telinga tanpa perlu melihat ia bahagian kiri atau kanan.

Di China, Huawei Watch Buds 2 mula dijual 25 April pada harga RMB 3488 (~RM 2024) untuk warna hitam dan coklat dan RMB 3988 (~RM 2314) untuk versi titanium.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved