Honor sedia mengacah pengenalan sebuah telefon dengan ciri integrasi robotik padanya pada acara MWC 2026. Tidak setakat itu, kini Bloomberg melaporkan Honor turut akan memperkenalkan sebuah robot berbentuk manusia pada acara tahunan berkenaan.
Robot berkenaan dijangka akan membantu manusia dalam melakukan sejumlah perkhidmatan, termasuk sebagai pembantu ketika membeli-belah. Ciri penuh yang akan ditawarkan tidak diketahui lagi.
Pelbagai syarikat di China bergiat aktif dalam pembangunan robotik masing-masing, dan ia bergerak lebih pantas berbanding pembangun barat. Beberapa syarikat sedia mendemonstrastikan keupayaan robot mereka, dan Honor dijangka menjadi pengeluar peranti mudah-alih terawal yang memperkenalkan robot mereka.



Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan acara MWC 2026 kelak, dan melihat apakah Honor akan benar-benar memperkenalkan robot berbentuk manusia mereka, atau ia sekadar mengacah sebagai promoti untuk Honor Robot Phone sahaja.



