Honor Magic V5 Tampil Dengan Rekaan Lebih Nipis

TechnologyDigital
23 Jun 2025 • 6:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Persaingan telefon lipat paling nipis semakin sengit apabila Honor dilihat bersedia mencabar dominasi Oppo dalam kategori ini. Walaupun ada yang mendakwa Tecno Spack Slim lebih nipis dengan ketebalan hanya 5.75mm perlu diingat bahawa peranti tersebut masih belum dikomersialkan secara rasmi.

Buat masa ini, Oppo Find N5 memegang gelaran telefon lipat paling nipis di pasaran dengan ketebalan 8.93mm apabila dilipat. Namun, kedudukan itu dijangka akan diambil semula oleh Honor Magic V5 yang bakal dilancarkan di China pada 2 Julai 2025.

image is not available

Honor mendedahkan bahawa peranti baharu ini hanya setebal 8.8mm apabila dilipat yang menjadikannya lebih nipis berbanding Find N5. Walaupun perbezaannya hanya 0.1mm, ia tetap memberi impak dari segi reka bentuk dan keselesaan penggunaan harian.

Sebelum ini, model Magic V2 sudah pun mencipta sejarah dengan ketebalan yang hampir sama seperti mengumpulkan tiga kad kredit. Magic V5 dilihat melangkah lebih jauh dalam usaha menghasilkan telefon lipat jenis buku yang lebih mudah digunakan, dan tidak memakan ruang dalam beg.

image is not available

Setakat ini, Honor masih belum mendedahkan berat rasmi Magic V5. Namun, ia dijangka akan bersaing rapat dengan model X Fold 5 yang menurut vivo akan lebih ringan daripada model sebelumnya. Pelancaran global untuk Magic V5 masih belum diumumkan, tetapi peminat setia pastinya akan menantikan kemunculannya di pasaran antarabangsa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved