Honor MagicBook Art 14 (2025) Kini Di Malaysia Dengan Harga RM5999

LocalTechnology
20 Aug 2025 • 11:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor secara rasmi melancarkan komputer riba terbaharu MagicBook Art 14 (2025) untuk pasaran Malaysia dengan pilihan warna Mocha Brown dan Emerald Green. Ia hadir dengan rekaan aloi magnesium yang ringan serta nipis dengan ketebalan sekir 1 cm dan berat hanya 1.03 kg.

image is not available

image is not available

Komputer riba ini menampilkan paparan sesentuh OLED berukuran 14.6″ dengan nisbah skrin-ke-badan 97%, resolusi 3120×2080 piksel, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1600 nits. Skrin juga menyokong julat warna DCI-P3 sepenuhnya dan dilengkapi ciri perlindungan mata seperti cahaya biru rendah serta bebas kelipan yang diiktiraf oleh TÜV Rheinland.

image is not available

image is not available

image is not available

MagicBook Art 14 (2025) dilengkapi CPU Intel Core Ultra 7 255H dan GPU Intel Arc 140T untuk prestasi pemprosesan serta grafik yang efisien. Ia turut menawarkan memori 32GB LPDDR5x dan storan SSD 1TB untuk kelancaran dan tindak balas cekap. Sokongan Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.1 bagi memastikan sambungan rangkaian sentiasa stabil.

image is not available

image is not available

image is not available

Papan kekunci bersaiz penuh direka untuk memberikan keselesaan semasa menaip, manakala pad sesentuh dengan sokongan multi-touch memudahkan kawalan skrin secara lancar. Kamera tersembunyi beresolusi 1080P FHD dengan sistem magnetik pula menjaga privasi pengguna sambil mengekalkan rekaan yang kemas dan moden.

image is not available

image is not available

MagicBook Art 14 (2025) dilengkapi bateri 60Wh dengan sokongan pengecasan pantas melalui adapter USB-C 65W. Ia menawarkan pelbagai pilihan I/O seperti USB-C Gen2, Thunderbolt 4, USB-A, HDMI 2.1 dan bicu audio 3.5mm. Sistem audio HONOR Spatial Audio digabungkan dengan tiga mikrofon dan enam pembesar suara turut disertakan untuk kualiti bunyi lebih menyeluruh.

image is not available

image is not available

MagicBook Art 14 (2025) juga dilengkapi ciri pintar seperti HONOR Connect, HONOR Share, Device Clone dan Global Favourite untuk kemudahan sambungan antara peranti. Teknologi AI disertakan merangkumi HONOR Turbo X, Cross-OS WorkStation dan Copilot. Ia turut beroperasi menggunakan Windows 11 Home. MagicBook Art 14 (2025) ditawarkan di Malaysia pada harga jualan RM5999 seunit.