HONOR MagicPad 4 – Kunci Produktiviti

TechnologyDigital
24 Jun 2026 • 10:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

HONOR MagicPad 4 – Kunci Produktiviti

Apakah rahsia sebenar untuk menjadi produktif? Ramai masih beranggapan bahawa komputer riba perlu dibawa ke mana-mana untuk bekerja. Namun, hakikatnya zaman telah berubah. Teknologi semakin maju dan cara kita bekerja juga terus berevolusi. Tablet moden kini hadir dengan keupayaan setanding komputer riba malah lebih hebat kerana mampu membantu menyiapkan pelbagai tugasan dengan lebih bebas dan efisien.

Image from: HONOR MagicPad 4 – Kunci Produktiviti

Rekaan Kontemporari

Kita ambil contoh HONOR MagicPad 4. Kemunculannya membuka pilihan baharu untuk individu yang menitikberatkan produktiviti serta gaya hidup moden. Tablet ini bukan sekadar memenuhi keperluan harian, malah direka sebagai peranti kerja yang efisien. Ia sesuai untuk mereka yang mengutamakan kemudahan, prestasi tinggi, dan kebebasan dalam satu peranti mudah alih.

Image from: HONOR MagicPad 4 – Kunci Produktiviti

Hal ini jelas terbukti melalui reka bentuk yang teliti. Tablet ini mempunyai ketebalan hanya 4.8mm. Dalam kategori tablet berskrin besar melebihi 12 inci ia tergolong antara yang paling nipis di pasaran ketika ini. Tidak disangka skrin sebesar ini masih dapat direka begitu ramping. Hasilnya tablet ini bukan sahaja kelihatan bergaya malah selesa digenggam dalam apa jua keadaan. Reka bentuk ini bukan sekadar gaya semata-mata tetapi turut memberikan keselesaan sebenar kepada pengguna sama ada ketika bekerja belajar ataupun menikmati hiburan.

Image from: HONOR MagicPad 4 – Kunci Produktiviti

Nipis, Ringan, Bergaya

Tablet ini ringan dengan berat sekitar 450g. Dengan berat sebegini anda boleh membawanya ke mana sahaja tanpa rasa terbeban sama ada ke pejabat ke kelas atau ketika melancong. Lebih mengagumkan apabila anda menambah papan kekunci pintar dan stylus sekalipun berat keseluruhan masih sekitar 852g sahaja. Hal ini bermakna semuanya masih di bawah 1kg. Praktikal bukan. Inilah kelebihan yang menjadikan tablet ini sesuai untuk anda. Ia mudah dibawa berkuasa menyokong produktiviti harian serta bergaya dengan reka bentuk moden yang melengkapkan gaya hidup masa kini.

Image from: HONOR MagicPad 4 – Kunci Produktiviti

Aspek lain yang menarik ialah kehebatan teknologi skrinnya. Tablet ini menggunakan paparan OLED dengan kadar segar semula sehingga 165 Hz. Ketika menonton filem pengalaman yang dirasai seolah-olah berada dalam suasana sinematik. Selain itu pengalaman menukar aplikasi atau bermain permainan turut memberikan peralihan yang lancar tanpa sebarang gangguan. Bezel yang nipis pula menjadikan reka bentuk lebih kemas serta mampu memberikan paparan yang lebih imersif.


Komponen Berprestasi Tinggi

Image from: HONOR MagicPad 4 – Kunci Produktiviti

Apabila reka bentuk luarannya sudah cukup menarik perhatian pastinya ramai ingin mengetahui tentang prestasinya pula. HONOR MagicPad 4 bukan sekadar menawan dari segi rupa kerana perkakasan dalaman juga luar biasa. Tablet ini dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Gen 5 iaitu cip kelas mercu yang berkuasa tinggi.

Image from: HONOR MagicPad 4 – Kunci Produktiviti

Kuasa pemprosesan ini membolehkan anda melaksanakan pelbagai tugasan dengan lancar sama ada bekerja menjalankan tugas berat bermain permainan video atau menyunting gambar dan video. Semua operasi berfungsi dengan pantas serta responsif sekali gus menjadikan pengalaman penggunaan terasa lancar dan selesa setiap kali digunakan.


PC Mode Tingkatkan Kerja Harian

Namun apa yang lebih menarik tentang tablet ini ialah fungsi PC Mode. Ciri ini membolehkan tablet bertukar kepada antara muka seperti komputer apabila disambungkan dengan papan kekunci pintar sekali gus menjadikannya sesuai untuk tugasan kerja penyuntingan dan pelaksanaan beberapa tugas pada masa yang sama.

Image from: HONOR MagicPad 4 – Kunci Produktiviti

Apabila papan kekunci dipasang sistem akan terus mengesan dan secara automatik beralih ke PC Mode tanpa memerlukan tetapan manual. Setelah mod ini diaktifkan paparan berubah menyerupai sistem komputer dengan taskbar tetingkap boleh diubah saiz serta susun atur fail yang lebih teratur. Pengguna boleh menaip mengawal dan mengurus fail seperti menggunakan komputer sebenar. Tablet ini turut menyokong fungsi berbilang tetingkap dan paparan skrin terbahagi yang membolehkan beberapa aplikasi dibuka serentak seperti Word Excel dan pelayar web untuk meningkatkan produktiviti.

Image from: HONOR MagicPad 4 – Kunci Produktiviti

Ini bermakna jika anda sudah penat bekerja cabut sahaja papan kekunci dan tablet ini akan kembali menjadi tablet biasa. Seronok bukan. Ketika dalam suasana sibuk bekerja gunakan PC Mode manakala jika ingin bersantai terus tukar semula kepada mod tablet seperti biasa. Selain itu fungsi PC Mode juga boleh dihidupkan atau dimatikan secara manual melalui tetapan. Untuk kemudahan tablet ini menyokong konsep pasang dan guna. Sambungkan papan kekunci terus aktif PC Mode.

Pengalaman Suntingan Kreatif

Suntingan video dan gambar juga menjadi lebih menyeronokkan apabila menggunakan tablet ini. Hal ini kerana MagicPad 4 menawarkan pengalaman berbeza dengan sokongan aplikasi CapCut Pad.

Image from: HONOR MagicPad 4 – Kunci Produktiviti

Antara kelebihannya ialah antara muka CapCut Pad telah disesuaikan untuk skrin besar sehingga kelihatan seperti versi web. Terdapat garis masa berlapis panel yang luas dan tetingkap yang boleh diubah saiz mengikut kesesuaian. Semua fungsi penyuntingan disusun khas untuk kawalan jari atau stylus bukan sekadar salinan daripada versi telefon. Perbezaannya dengan versi mudah alih amat ketara dan menjadikan proses penyuntingan lebih lancar serta efisien.

Image from: HONOR MagicPad 4 – Kunci Produktiviti

Selain itu tablet ini dilengkapi dengan lapan pembesar suara Spatial Audio yang menghasilkan bunyi lebih padu dan seimbang serta teknologi AI Spatial Audio yang bijak menyesuaikan kualiti bunyi mengikut kandungan. Gabungan kedua-dua teknologi ini memberikan pengalaman audio yang mendalam dan mengasyikkan sama ada ketika menonton video bermain permainan atau menyunting projek kreatif.

HONOR MagicPad 4 juga boleh menjalankan dua sistem operasi. Selain Android, tablet ini turut menyokong sistem Linux yang menjadikannya pilihan ideal untuk tugasan teknikal dan profesional. Namun bagi kebanyakan pengguna Android Mode dan PC Mode sebenarnya sudah mencukupi untuk melaksanakan kerja harian dengan lancar dan efisien.


Produktiviti Lebih Pintar Dengan AI

Selain itu terdapat satu lagi ciri yang memudahkan urusan kerja harian iaitu AI Meeting Assistant. Ketika mesyuarat dalam talian perbincangan sering berlangsung dengan pantas dan banyak perkara penting dibincangkan. Dalam keadaan sibuk mencatat nota tumpuan terhadap perbincangan pula mudah terjejas.

Image from: HONOR MagicPad 4 – Kunci Produktiviti

Dengan AI Meeting Assistant maklumat penting akan direkod dan disusun secara automatik. Ciri ini turut menekankan isi utama agar pengguna dapat meneliti semula perkara penting selepas mesyuarat tanpa perlu bersusah payah mengingati setiap butiran. Inilah contoh bekerja dengan bijak bukan sekadar bekerja keras.


Sambungan Pintar Antara Peranti

Selain itu terdapat satu lagi ciri yang menjadikan HONOR MagicPad 4 lebih berkuasa iaitu Cross Brand Connectivity. Hal ini kerana kebanyakan pengguna memiliki pelbagai jenis peranti dan proses memindahkan fail antara peranti sering kali agak rumit. Namun dengan MagicPad 4 urusan ini dapat diselesaikan dengan mudah.

Image from: HONOR MagicPad 4 – Kunci Produktiviti

Sebagai contoh MagicPad 4 boleh digunakan sebagai skrin tambahan untuk MacBook sama ada memaparkan imej yang sama atau berfungsi sebagai sambungan skrin bagi menambah ruang kerja. Di samping itu fail daripada iPhone juga mudah dipindahkan. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi HONOR Connect kemudian menyambungkan peranti kepada rangkaian WiFi yang sama supaya fail dapat dipindahkan dengan segera.

Image from: HONOR MagicPad 4 – Kunci Produktiviti

Bagi pengguna Mac apabila peranti disambungkan dengan HONOR Workstation semua dokumen dapat diakses tanpa sebarang halangan. Manakala bagi pengguna telefon HONOR pengalaman menjadi lebih menyeronokkan kerana hanya satu sentuhan pada MagicPad 4 sudah cukup untuk berkongsi gambar dan dokumen dengan segera.


Dapatkan Sekarang Sebelum Habis!

HONOR MagicPad 4 ialah tablet premium yang direka untuk menjadikan kerja dan hiburan lebih mudah serta menyeronokkan. Di Malaysia ia hadir dalam dua varian iaitu model 12 + 256GB pada harga RM3,399 dan model 16 + 512GB pada harga RM3,999. Untuk masa terhad HONOR menawarkan rebat RM400 menjadikan harga hanya RM2,999 atau RM3,599.

Image from: HONOR MagicPad 4 – Kunci Produktiviti

Lebih menarik setiap pembelian disertakan Smart Touch Keyboard dan HONOR Magic Pencil 3 secara percuma lengkap dengan jaminan dua tahun Worry Free. Jangan lepaskan peluang istimewa ini. Miliki HONOR MagicPad 4 sekarang sebelum kehabisan stok.

Penafian: Advertorial ini dibawakan oleh HONOR Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved