Lenovo Perlihat Peranti AI Peneman Kerja Berbentuk Jam Meja Dalam Membantu Tangani Lesu Upaya

TechnologyLifestyle
2 Mar 2026 • 7:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada acara MWC 2026 yang berlangsung minggu ini, Lenovo memperkenalkan sejumlah peranti baharu, termasuk beberapa peranti konsep. Salah satu peranti konsep yang diperlihatkan adalah sebuah peranti AI, dinamakan “AI Work Companion”.

image is not available

Peranti ini hadir dalam bentuk konsep sahaja buat masa ini, dan menawarkan rekabentuk seumpama jam meja. Ia turut hadir dengan akses beberapa port untuk membolehkan pengguna mengecas peranti – sekaligus menjadikan meja lebih kemas tanpa wayar yang berselerak atas meja.

Lenovo menyatakan peranti ini boleh diselarikan dengan peranti milik pengguna lain, dan ia boleh melakukan pemantauan masa skrin dan jadual harian, sekaligus menguruskan lesu upaya (burnout) pengguna dengan lebih baik.

image is not available

Dengan langkah ini, ia dijangka akan membolehkan pengguna lebih produktif, dan pada masa yang sama sihat dan tidak tertekan. Buat masa ini, peranti ini masih pada peringkat konsep, dan tidak diketahui bilakah akan dikomersilkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved