Honor Power 2 Akan Dilancarkan Dengan Bateri 10,000 mAh

LocalTechnology
12 Aug 2025 • 11:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor Power dilancarkan April lalu dengan bateri 8000 mAh yang besar tetapi peranti hanya setebal 8mm. Ini membolehkan peranti beroperasi seharian tanpa pemilik risau ia perlu dicas. Walaupun 8000 mAh ialah kapasiti yang besar, Honor kini dilaporkan akan melancarkan Honor Power 2 dengan bateri lebih besar.

image is not available

Honor Power 2 sedang dibangunkan dengan bateri 10,000 mAh dan menggunakan cip Dimensity 8500. Ini ialah cip kelas pertengahan dengan lapan teras CPU Cortex-A725. Tahun ini melihat peranti dalam kelas ini dipadankan dengan bateri sekurang-kurangnya 7000 mAh yang sangat popular di pasaran China.

Sebagai pengguna di Malaysia, kita hanya mampu melihat dari jauh kerana setakat ini Honor masih belum menawarkan siri Power ke pasaran tempatan. Adakah bateri besar lebih berguna berbanding cip pemproses mercu?