Spesifikasi Pixel Watch 4 Tertiris – Mengesan Nadi Terhenti dan Bateri 40 Jam

TechnologyHealth & Fitness
11 Aug 2025 • 1:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Pixel Watch 4 akan dilancarkan pada 20 Ogos depan bersama dengan beberapa peranti di bawah siri Pixel 10. Apabila pelancaran peranti semakin hampir, maklumat yang dirahsiakan tidak lagi dapat dibendung dan tertiris ke arena web seperti pucuk dilancarkan. Hari ini beberapa spesifikasi dan ciri yang akan disokong Pixel Watch 4 tertiris menerusi ciapan @EVLeaks.

image is not available

Pertama sekali jam dilancarkan dalam dua saiz 40mm dan 4mm. Versi 41mm mempunyai bateri yang mampu bertahan sehingga 30 jam manakala versi 45mm pula bertahan selama 40 jam. Pengecasan pada model tahun ini juga 25% lebih pantas.

image is not available

Ciri menarik yang disokong ialah mengesan nadi terhenti. Apabila berlaku, jam ini akan melakukan panggilan kecemasan. Selain itu ia juga menghubungi sanak saudara yang dipercayai bagi mendapatkan bantuan.

Seperti Galaxy Watch8, Pixel Watch 4 juga menyokong ciri Gemini terus daripada peranti. Sistem operasi boleh mengesan sehingga 40 aktiviti sukan dan memberikan sarana ketika bersenam seperti seorang jurulatih peribadi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved