Honor Watch 6 Plus Dilancarkan Dengan Bateri Hingga 17 Hari

TechnologyDigital
26 May 2026 • 10:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor Watch 6 Plus Dilancarkan Dengan Bateri Hingga 17 Hari

Honor Watch 6 Plus dilancarkan di China semalam sebagai jam tangan pintar terbaharu mereka yang menggunakan sistem MagicOS. Jam tangan ini hadir dengan fungsi pemantauan lengkap termasuk kadar denyutan jantung, tekanan darah dan apnea tidur. Ia juga dilengkapi bateri besar 1,000mAh yang mampu bertahan sehingga 17 hari penggunaan biasa.

Image from: Honor Watch 6 Plus Dilancarkan Dengan Bateri Hingga 17 Hari

Untuk lebih lanjut, jam tangan ini dilengkapi skrin AMOLED 1.46” dengan kecerahan puncak sehingga 3000 nits. Ia digabungkan dengan rekaan tombol berputar bersama butang, tubuh berbentuk heksagon dan tali komposit. Ia juga menyokong pelbagai ciri kesihatan dan kecergasan termasuk pemantauan kadar denyutan jantung, tekanan darah dan apnea tidur. Selain itu, terdapat lebih 120 mod sukan dengan data lanjutan untuk larian, badminton dan bola sepak serta metrik Heart Rate Reduction bagi menilai risiko henti jantung mengejut.

Image from: Honor Watch 6 Plus Dilancarkan Dengan Bateri Hingga 17 Hari

Terdapat juga ciri AI pintar terbina seperti AI Coach, analisis postur larian berasaskan AI dan pembantu suara YOYO (DeepSeek LLM). Ia turut menyokong NFC, rakaman suara serta panggilan Bluetooth. Ketahanan baterinya pula sehingga 17 hari (mod biasa) atau 35 hari (mod jangka panjang), di samping kalis air 5ATM/IP69. Harga jualan di China bermula dari RMB1299 (~RM758).