Audemars Piguet x Swatch Royal Pop akhirnya dilancarkan secara rasmi awal pagi tadi dengan ia menjawab persoalan selepas beberapa hari diacah di media sosial. Semua spekulasi salah sama sekali kerana Royal Pop bukalah jam tangan. Sebaliknya ia adalah koleksi jam poket dengan tali kulit terbina.

Audemars Piguet x Swatch Royal PopLapan rekaan ditawarkan dalam pelbagai warna ceria Swatch Pop tetapi dengan rekabentuk AP Royal Oak yang ikonik. Enam model dengan konfigurasi dua jarum (Lépine) dan dua model dengan konfigurasi tiga jarum (Savonnette).
Koleksi Royal Pop mendapat inspirasi daripada Swatch Pop yang dikeluarkan pada dekad 90an dengan tubuh jam boleh ditanggalkan dengan mudah untuk dipadankan dengan pelbagai pilihan tali jam berbeza cuma kali ini ia dipadakan dengan jenama mewah Audemars Piguet.

Tubuh jam diperbuat daripada bahan bioseramik (seramik dicampur dengan plastik kitar semula) dengan kristal nilam pada panel depan serta belakang. Tingkap di bahagian belakang mendedahkan movement mekanikal SISTEM51 yang perlu diputarkan secara manual bagi membekalkan kuasa. Setiap jam boleh beroperasi sehingga 90 jam sebelum perlu diputarkan semula.

Saiz jam ialah 40mm × 8.4mm dengan kerangka sebesar 44.2mm × 53.2mm dan ia kalis air sehingga 2 bar (20m). Jam Audemars Piguet x Swatch Royal Pop akan mula dijual bermula 16 Mei dalam warna Otto Rosso, Huit Blanc, Green Eight, Blaue Acht, Orenji Hachi dan Ocho Negro untuk bersi dua jarum, Sementar itu dalam warna Lan Ba, , Otg Roz untuk versi tiga jarum. Harga jualan adalan seperti di bawah.
- Audemars Piguet x Swatch Royal Pop Lépine – $400 (~RM 1571)
- Audemars Piguet x Swatch Royal Pop Savonnette – $420 (~RM 1650)






