Pelancaran siri Honor 600 kelak menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di dunia yang mendapatkannya sebelum China. Kemunculannya juga akan menjadi satu lagi pencapaian baharu Honor dalam menyediakan sesuatu yang menarik buat pengguna setia. Malahan, ia kini dikategorikan dalam segmen peranti kelas mercu.

Antara ciri utama yang diketengahkan ialah keupayaan baharu AI Image to Video 2.0 yang membawa tiga peningkatan baharu dalam penciptaan video daripada gambar statik. Pertama, ia memperkenalkan Multi-image to Video iaitu ciri yang membolehkan sehingga 3 gambar digabungkan menjadi klip sinematik. Kedua, ia menawarkan Customised Prompts di mana pengguna boleh menulis arahan sendiri (prompt) untuk menghasilkan pengalaman visual yang unik. Ketiga, ia menyediakan Creative Templates dengan pilihan gaya sinematik seperti Bullet Time, Dolly Zoom, Pet Roleplay dan Character Morph.

Pengenalan teknologi ini membawa revolusi dalam penceritaan berasaskan AI kerana membuka ruang untuk mencipta visual yang lebih kreatif. Pelancaran rasmi Honor 600 di Malaysia dijadualkan pada 22 April 2026.



