
Honor memperkenalkan model Win Turbo terbaru di China dengan fokus pada bateri yang tahan lama serta binaan perkakasan dalaman yang berkuasa.

Untuk spesifikasi, peranti ini menggunakan skrin sebesar 6.79″ 1.5K OLED rata dengan HDR10+ di samping kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 8000 nits. Ia digabungkan dengan cip Mediatek Dimensity 8500 Racing Edition bersama memori 16GB LPDDR5X RAM serta storan dalaman 512GB UFS 4.1. Selain itu, ia hadir dengan MagicUI 10 berasaskan Android 16 bagi memberikan pengalaman terkini.

Bateri berkapasiti 10,000 mAh jenis anod karbon digunakan menyokong pengecasan pantas 80W serta berbalik berwayar 27W. Sementara itu, tetapan kamera pula terdiri daripada 50MP utama (lebar) dan 5MP ultra lebar dengan sokongan rakaman video 4K serta kamera hadapan 16MP.
Spesifikasi lain termasuk pengimbas cap jari bawah skrin, sokongan WiFi 7, Bluetooth 6.0 dan pembesar suara stereo. Harga jualan di China bermula pada RMB 3299 iaitu kira-kira RM1933 untuk model asas.




