Honor X70 5G Dilengkapi Bateri 8300mAh – Bakal Dilancarkan Pada 15 Julai 2025

TechnologyDigital
8 Jul 2025 • 3:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Trend penggunaan bateri berkapasiti tinggi semakin mendapat tempat dalam kalangan pengeluar peranti mudah alih termasuk Honor yang bakal memperkenalkan peranti baharu mereka X70 5G pada 15 Julai ini di China.

Peranti kelas pertengahan ini hadir dengan bateri silikon-karbon generasi ketiga berkapasiti 8300mAh menjadikannya yang pertama dalam kategori telefon pintar komersial. Bateri ini mengatasi model Honor Power yang dilancarkan pada April lalu serta dijangka menawarkan peningkatan dari segi ketahanan penggunaan harian.

Honor X70 menyokong pengecasan pantas berwayar sehingga 80W, dan model dengan konfigurasi 12GB RAM dan storan dalaman 512GB turut dilengkapi sokongan pengecasan nirwayar. Walaupun dimuatkan dengan bateri berkapasiti tinggi, reka bentuk peranti masih mengekalkan binaan yang nipis.