Semakin banyak butiran tentang Poco F7 mula didedahkan menjelang pelancaran rasminya. Peranti ini dilaporkan akan hadir dengan spesifikasi berbeza mengikut rantau termasuk pasaran global.

Poco telah mengesahkan bahawa model global F7 akan dilengkapi bateri berkapasiti 6500mAh lebih kecil berbanding model India yang menawarkan bateri 7,550mAh. Tiada penjelasan rasmi diberikan mengenai perbezaan ini namun dipercayai mempunyai perkaitan dengan keutamaan pasaran. Walaupun terdapat perbezaan dari saiz bateri, kedua-dua versi menyokong pengecasan berwayar 90W serta berbalik 22.5W.

Poco turut mengesahkan bahawa model F7 akan menggunakan cip Snapdragon 8s Gen 4, skrin AMOLED 6.83″ 1.5K dan teknologi WildBoost Optimization 4.0 untuk prestasi yang dipertingkatkan. Untuk maklumat lanjut, nantikan pelancaran rasmi pada 24 Jun 2025.
