Lesen Network School Dibatalkan Sepenuhnya, Tiada Rayuan Lesen Baharu Diterima

LocalBusiness & Finance
27 Jul 2026 • 4:50 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Lesen Network School Dibatalkan Sepenuhnya, Tiada Rayuan Lesen Baharu Diterima

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada 22 Julai lalu, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah membatalkan lesen perniagaan NS0 Malaysia Sdn Bhd atau juga digelar Network School yang beroperasi di Forest City, Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor.

Jelas Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, keputusan itu dibuat mengikut proses dan peruntukan undang-undang malah Kerajaan Negeri turut menyokong sepenuhnya perkara yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Penuh Khas MBIP itu.

Pembatalan Lesen Network School Muktamad, Premis Langgar Syarat Lesen – MBIP

Terbaharu, MBIP mengesahkan keputusan pembatalan lesen operasi Network School adalah muktamad.

Ia susulan pihaknya mendapati premis berkenaan telah melanggar syarat lesen yang diberikan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor, keputusan itu dibuat selepas pihak berkuasa tempatan (PBT) mengesan dua pelanggaran jelas melibatkan premis berkenaan.

“Kesalahan pertama melibatkan penggunaan iklan yang tidak mematuhi syarat ditetapkan, manakala pelanggaran kedua ialah aktiviti sebenar premis didapati berbeza daripada lesen yang dipohon.

“Lesen yang dipohon dengan operasi sebenar sangat berbeza dan ia melanggar syarat lesen. Sebab itu kita tamatkan dan batalkan lesen tersebut,” katanya yang dipetik dari Kosmo.

Pembatalan Lesen Bukan Bersifat Sementara, Tiada Rayuan Diterima

Mengulas sama ada pembatalan itu bersifat sementara, Mohd Jasni menegaskan lesen tersebut dibatalkan terus dan sehingga kini tiada rayuan dikemukakan oleh pihak pengendali kepada MBIP.

“Kalau ikut mudahnya, operasi itu adalah tidak sah. Jika pada masa depan mereka menubuhkan syarikat lain atau memenuhi segala syarat yang ditetapkan, itu perkara lain. Namun setakat ini tiada rayuan diterima,” jelasnya lagi.

Isu Network School Mula Tular Selepas Timbul Dakwaan Ada Kaitan Dengan Individu Israel

Sebelum ini, isu kontroversi melibatkan Network School itu mula menjadi perhatian selepas timbul dakwaan yang mengaitkan komuniti itu dengan individu serta rangkaian luar negara yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Israel.

Keadaan ini sekaligus mendorong pihak berkuasa dan beberapa agensi menjalankan siasatan dari aspek pelesenan, imigresen serta pematuhan undang-undang.

Namun, pengasas komuniti berkenaan, Balaji Srinivasan berpendapat, proses siasatan yang dijalankan memberi kesan kepada reputasi syarikat serta terhadap keyakinan pelabur meskipun dakwaan tular itu tidak dapat dibuktikan.

Malah dek kerana isu itu, Balaji turut mengumumkan penangguhan rancangan pelaburan baharu ke Malaysia serta mendakwa telah membuat pelaburan sebanyak RM100 juta dengan membangunkan kampus mesra syarikat pemula di Forest City tanpa menerima dana daripada kerajaan Malaysia.

Pun begitu, Kerajaan Negeri menegaskan mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang yang boleh menjejaskan keselamatan, kedaulatan serta kepentingan negara.

Susulan pembatalan itu, Balaji mengumumkan Network School akan berpindah dan membuka kampus baharu di Kazakhstan.

Baca Artikel Berkaitan: Lesen Di Forest City Ditarik, Balaji Umum Network School Berpindah Dari Malaysia Ke Kazakhstan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lesen Perniagaan Dibatalkan, Network School Diarah Henti Operasi Berkuat Kuasa 22 Julai – Onn Hafiz

Baca Artikel Berkaitan: Pengasas Network School Tangguh Rancangan Pelaburan Baharu Ke Malaysia, Dedah Sudah Labur Lebih RM100 Juta

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved