Negara ini ada peraturan, ambil tindakan Rohingya berhimpun – Anwar

LocalPolitics
27 Jul 2026 • 6:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Negara ini ada peraturan, ambil tindakan Rohingya berhimpun – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap pelarian Rohingya yang berhimpun di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sehingga mengganggu lalu lintas.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi, justeru mereka tidak boleh memilih mana-mana kawasan bandar untuk dijadikan tempat berkumpul.

“Kita kena tegas. Negara ini ada peraturan, ada hukum. Dia tak boleh memilih untuk ambil mana-mana kawasan bandar. Sebab itu saya dah arahkan Imigresen, polis dan bandar raya. Kita kena ambil tindakan tegas.

“Yang tidak ada permit, dibawa ke Imigresen. Yang ada, kita kena bagi amaran. Kalau tidak, tindakan undang-undang akan diambil,” katanya selepas menghadiri Majlis Penutupan Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Menurut Anwar, beliau memahami mereka cuba mendapatkan perlindungan di UNHCR, namun mereka tetap perlu mematuhi peraturan negara.

“Saya faham dia cuba perlindungan di UNHCR. Dia mesti ikut peraturan. Dia menimbulkan keresahan daripada penduduk tempatan. Kita tak boleh benarkan sehingga mengganggu keselamatan penduduk tempatan,” katanya.

Menurut Anwar, beliau mengingatkan pihak polis dan Jabatan Imigresen supaya berhati-hati ketika mengambil tindakan, khususnya membabitkan wanita dan kanak-kanak.

“Saya juga pesan kepada pihak polis dan Imigresen supaya berhati-hati tindakan itu, supaya jaga dan kawal keadaan wanita, anak-anak.

“Tapi saya fikir kita harus ambil tindakan yang tegas, tidak mengizinkan mereka mengambil alih mana-mana tempat dalam negeri ini. Sebenarnya, tanpa hormat daripada undang-undang,” katanya.

Terdahulu, lebih 200 pelarian Rohingya berhimpun di hadapan pejabat UNHCRdi Jalan Bukit Petaling di sini hari ini bagi mendapatkan bantuan selepas didakwa dihalau keluar dari rumah sewa masing-masing.

Difahamkan, kumpulan itu tiba kira-kira awal pagi dengan menaiki tiga buah bas dari Butterworth selepas bertolak sekitar pukul 4 pagi. Kebanyakan mereka datang dari Kuala Muda, Sungai Petani dan Alor Setar, Kedah.

Tinjauan Kosmo! mendapati keadaan di pekarangan pejabat UNHCR dikawal anggota polis dan tentera bagi memastikan ketenteraman awam sepanjang perhimpunan tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Negara ini ada peraturan, ambil tindakan Rohingya berhimpun – Anwar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved