Segera ambil tindakan pihak sentuh isu 3R

LocalPolitics
27 Jul 2026 • 3:29 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Segera ambil tindakan pihak sentuh isu 3R

PORT DICKSON: Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan segera berhubung dakwaan kenyataan berbaur isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja) yang tular di media sosial.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sebarang cubaan mengheret institusi diraja dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan tidak sepatutnya berlaku kerana dikhuatiri boleh mencetuskan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

“Saya menggesa kepada pihak berkuasa supaya mengambil tindakan segera terhadap isu melibatkan 3R.

“Kita tidak ingin perpecahan yang membuat pertuduhan hinggakan perkara istana pun dibawa dalam pilihan raya kali ini,” katanya selepas program ramah mesra bersama penduduk Kampung Segenting, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas video tular berdurasi 27 saat yang didakwa memaparkan seorang individu dipercayai Ketua Penerangan UMNO Rembau, Shukri Samsudin mengeluarkan kenyataan berkaitan DAP dan institusi diraja.

Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berkata, pihak berkuasa perlu bertindak tegas bagi memastikan tidak wujud pihak yang mengapi-apikan sentimen sehingga menjejaskan keharmonian masyarakat di negeri itu.

“Kita tidak ingin melahirkan golongan yang menjadi penghasut kepada perpecahan di Negeri Sembilan ini.

“Saya berharap bahawa pihak penguat kuasa, pihak yang berwajib ambil tindakan segera,” katanya. – UTUSAN

The post Segera ambil tindakan pihak sentuh isu 3R appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved