Hotel Sekitar Sepang Mula Dipenuhi Tempahan? Wartawan Asing Didakwa Sudah ‘Lock’ Penginapan Lebih Awal

25 Jul 2026 • 11:39 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Hotel Sekitar Sepang Mula Dipenuhi Tempahan? Wartawan Asing Didakwa Sudah ‘Lock’ Penginapan Lebih Awal

Desas-desus mengenai kemungkinan Formula 1 kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2026 terus hangat diperkatakan, kali ini dengan satu lagi perkembangan yang mencetuskan tanda tanya.

Menurut maklumat yang diterima TW Media, beberapa hotel di sekitar Sepang dilaporkan sudah mula menerima tempahan bagi tarikh yang dikaitkan dengan kemungkinan penganjuran Formula 1 Oktober ini iaitu 2-4 Oktober nanti.

Apa yang lebih menarik, difahamkan sebahagian daripada tempahan tersebut dibuat oleh wartawan dan petugas media asing yang kebiasaannya membuat perancangan lebih awal bagi liputan perlumbaan Formula 1.

Dalam dunia Formula 1, media antarabangsa lazimnya memperoleh maklumat jadual dan perancangan lebih awal bagi memudahkan urusan logistik seperti penerbangan, penginapan serta permohonan akreditasi.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan rasmi bahawa tempahan hotel tersebut berkait secara langsung dengan kepulangan Formula 1 ke Sepang. Ia mungkin sekadar kebetulan atau persediaan awal berdasarkan maklumat yang beredar dalam kalangan industri.

Perkembangan ini hadir ketika spekulasi mengenai kepulangan Formula 1 ke Malaysia semakin rancak, susulan beberapa kenyataan daripada pihak berkaitan termasuk kesediaan Motorsports Association of Malaysia (MAM) untuk memberikan komitmen penuh sekiranya Sepang dipilih sebagai pusingan gantian pada musim 2026.

Buat masa ini, kita tunggu pengumuman rasmi daripada PMX pada esok hari seperti yang di janjikan.

The post Hotel Sekitar Sepang Mula Dipenuhi Tempahan? Wartawan Asing Didakwa Sudah ‘Lock’ Penginapan Lebih Awal appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved