Harga Hotel Sepang Melonjak Hampir Tiga Kali Ganda Awal Oktober, Petanda Formula 1 Kembali Ke Malaysia?

26 Jul 2026 • 12:22 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Harga Hotel Sepang Melonjak Hampir Tiga Kali Ganda Awal Oktober, Petanda Formula 1 Kembali Ke Malaysia?

Walaupun kerajaan masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi, beberapa petunjuk di sekitar Sepang semakin menguatkan spekulasi bahawa Formula 1 berkemungkinan kembali ke Malaysia pada awal Oktober ini.

Antara perkembangan yang menarik perhatian ialah kenaikan ketara kadar penginapan di Holiday Inn Sepang. Semakan mendapati tempahan untuk 3 malam dari 4 hingga 7 September ditawarkan pada harga sekitar RM1,005. Namun, bagi tempahan 2 hingga 5 Oktober, harga untuk tempoh yang sama meningkat kepada kira-kira RM2,700. Untuk Sama-Sama Hotel pula, penginapan untuk 3 hari tarikh tersebut kini sudah “unavailable”.

Image from: Harga Hotel Sepang Melonjak Hampir Tiga Kali Ganda Awal Oktober, Petanda Formula 1 Kembali Ke Malaysia?

Lonjakan hampir tiga kali ganda ini dilihat luar daripada kebiasaan bagi hujung minggu biasa dan sering dianggap sebagai petunjuk awal apabila acara bertaraf antarabangsa dijangka berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC). Lazimnya, pengusaha hotel akan melaraskan kadar bilik lebih awal berdasarkan unjuran peningkatan permintaan daripada pasukan perlumbaan, pegawai, media antarabangsa serta peminat yang dijangka hadir.

Sekiranya Formula 1 benar-benar kembali ke Malaysia, ia bakal menandakan kepulangan siri perlumbaan paling berprestij dunia itu selepas kali terakhir Grand Prix Malaysia dianjurkan pada tahun 2017. Penganjurannya bukan sahaja dijangka menghidupkan semula suasana sukan permotoran negara, malah berpotensi memberi limpahan ekonomi kepada sektor pelancongan, hospitaliti dan perniagaan tempatan, khususnya di sekitar Sepang dan Lembah Klang.

Buat masa ini, tiada pengesahan rasmi daripada kerajaan atau pihak berkaitan mengenai penganjuran Formula 1 di Malaysia. Namun, perkembangan seperti kenaikan mendadak kadar hotel di sekitar Sepang terus mencetuskan tanda tanya dan menguatkan jangkaan bahawa persiapan bagi sebuah acara bertaraf antarabangsa mungkin sedang berlangsung di sebalik tabir.

TW Media akan terus mengikuti rapat perkembangan ini dan membawakan maklumat terkini sebaik sahaja sebarang pengumuman rasmi dibuat.

The post Harga Hotel Sepang Melonjak Hampir Tiga Kali Ganda Awal Oktober, Petanda Formula 1 Kembali Ke Malaysia? appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved